My bookmarksSign up free
← Educational Institutions (Discipline) Act 1976

Educational Institutions (Discipline) Act 1976 s 11

Educational Institutions (Discipline) Act 1976 s 11

s 11 Prohibition on collection of money by a student or by an organization, body or group of students

(1) No student of an Institution, or any organization, body or group of students of an Institution, shall, in or outside the campus, or in or outside Malaysia, collect or attempt to collect, or promote or attempt to promote any collection of, or make any appeal orally or in writing or otherwise, or attempt to make any such appeal for, any money or other property from any person, not being money or property due or about to fall due under or by virtue of any written law, contract or other legal obligation. (2) Any person who breaches subsection (1) shall be liable to disciplinary action. (3) The Executive Head may, in any particular case, grant exemption to any person from the application of subsection (1), subject to such terms and conditions as he thinks fit. (4) (Deleted by Act A1375). (5) This section shall be in addition to and not in derogation from the provisions of any written law relating to house to house and street collections, public collections, or collection of money or sale of badges.

Malay text (authoritative)

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang

(1) Tiada seseorang pelajar sesuatu Institusi, atau tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar sesuatu Institusi, boleh, di dalam atau di luar kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia, memungut, atau cuba memungut, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuan secara lisan atau secara bertulis atau selainnya, atau cuba membuat sesuatu rayuan itu untuk memungut apa-apa wang atau harta lain daripada sesiapa jua, iaitu bukan wang atau harta yang genap atau hampir genap masanya dipungut di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau kewajipan lain di sisi undang-undang. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh dikenakan tindakan tatatertib. (3) Ketua Eksekutif boleh, dalam mana-mana hal tertentu, memberikan pengecualian kepada mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. (4) (Dipotong oleh Akta A1375). (5) Peruntukan seksyen ini adalah tambahan kepada dan bukan mengurangkan kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pungutan rumah ke rumah dan di jalan, pungutan awam, atau pungutan wang atau jualan lencana.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 174 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 March 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next