My bookmarksSign up free
← Educational Institutions (Discipline) Act 1976

Educational Institutions (Discipline) Act 1976 s 14

Educational Institutions (Discipline) Act 1976 s 14

s 14 Suspension of student charged with registrable offence and matters relating to detention, etc.

(1) Where a student of an Institution is charged with a registrable offence— (a) he may, in the discretion of the Executive Head, be suspended from being a student; and (b) if so suspended, he shall not during the pendency of the criminal proceedings, remain in or enter the campus of that Institution. (2) Where a student charged with a registrable offence under subsection (1) is convicted of that offence, the student shall be liable to disciplinary action. (3) Where a student of an Institution is detained or is subjected to any order imposing restrictions on him under any written law relating to preventive detention or internal security, the student shall be liable to disciplinary action. (4) A student of an Institution who is detained or is subjected to any order imposing restrictions on him under any written law relating to preventive detention or internal security, or is imprisoned or detained for whatever reason, may, with the consent of the Executive Head, be permitted to sit for the examination of the Institution subject to such order made or approval given by the Minister responsible for internal security or any other competent authority, as the case may require. (5) A student of an Institution who is suspended from being a student of the Institution under subsection (1) may, while he is so suspended, be admitted as a student of any other Institution or of any University with the written approval of the Minister, and if the Minister grants such approval, the Minister may impose such terms and conditions as he thinks fit. (6) A student of an Institution who ceases to be a student under this Act may be admitted as a student of that or any other Institution or of any University with the written approval of the Minister, and if the Minister grants such approval, the Minister may impose such terms and conditions as he thinks fit. (7) If the determination of any application, appeal or other proceedings by the court in respect of any criminal proceedings against a student of an Institution for a registrable offence, results in a discharge or acquittal, the student, if suspended from the Institution or has served his period of imprisonment, as the case may be, shall be allowed to resume his studies at the Institution and the period of suspension or imprisonment, as the case may be, shall not be taken into consideration in calculating the maximum duration permitted to complete the course of study and in the computation of his results. (8) If the determination of any application, petition, appeal or other proceedings by the court or any competent authority in respect of the detention order against or order imposing restrictions on a student of an Institution under any written law relating to preventive detention or internal security, results in his release or the restrictions imposed on him being revoked, the student shall be allowed to resume his studies at the Institution and the period of detention and restriction he was subjected to shall not be taken into consideration in calculating the maximum duration permitted to complete the course of study and in the computation of his results.

Malay text (authoritative)

Penggantungan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan boleh daftar dan perkara yang berhubungan dengan penahanan, dsb.

(1) Jika seseorang pelajar suatu Institusi dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar— (a) dia boleh, mengikut budi bicara Ketua Eksekutif, digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan (b) jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasa prosiding jenayah belum selesai, berada dalam atau memasuki kampus Institusi itu. (2) Jika seseorang pelajar yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar di bawah subseksyen (1) disabitkan atas kesalahan itu, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. (3) Jika seseorang pelajar suatu Institusi ditahan atau tertakluk pada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. (4) Seseorang pelajar suatu Institusi yang ditahan atau tertakluk pada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, atau dipenjarakan atau ditahan bagi apa-apa jua sebab, boleh, dengan persetujuan Ketua Eksekutif, dibenarkan menduduki peperiksaan Institusi itu tertakluk pada apa-apa perintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa lain, mengikut kehendak keadaan. (5) Seseorang pelajar suatu Institusi yang digantung daripada menjadi pelajar Institusi di bawah subseksyen (1) boleh, semasa dia digantung sedemikian, diterima masuk sebagai pelajar mana-mana Institusi lain atau mana-mana Universiti dengan kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. (6) Seseorang pelajar suatu Institusi yang terhenti menjadi seorang pelajar di bawah Akta ini boleh diterima masuk sebagai pelajar Institusi itu atau mana-mana Institusi lain atau mana-mana Universiti dengan kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. (7) Jika penentuan mana-mana permohonan, rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah berkenaan dengan mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang pelajar suatu Institusi bagi suatu kesalahan boleh daftar, berkeputusan dengan pelepasan atau pembebasannya, pelajar itu, jika digantung daripada Institusi itu atau telah menjalani tempoh pemenjaraan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di Institusi itu dan tempoh penggantungan atau pemenjaraan itu, mengikut manamana yang berkenaan, tidak boleh diambil kira dalam mengira tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya. (8) Jika penentuan mana-mana permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa berkenaan dengan perintah tahanan terhadap atau perintah yang mengenakan sekatan ke atas seseorang pelajar suatu Institusi di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, berkeputusan dengan pelepasannya atau sekatan yang dikenakan ke atasnya dibatalkan, pelajar itu hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di Institusi itu dan tempoh tahanan dan sekatan yang dia tertakluk kepadanya tidak boleh diambil kira dalam mengira tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 174 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 March 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next