My bookmarksSign up free
← Educational Institutions (Discipline) Act 1976

Educational Institutions (Discipline) Act 1976 s 20

Educational Institutions (Discipline) Act 1976 s 20

s 20 Existing organizations and bodies of students in an Institution

(1) On the date of commencement of this Act, all organizations and bodies of students which were existing immediately before such date in an Institution and to which section 18 does not apply shall stand dissolved. (2) All moneys, properties, assets and rights whatsoever of all organizations and bodies of students existing in an Institution immediately before the commencement of this Act shall, on the date of commencement of this Act and without any conveyance, assignment or transfer whatever, vest in the following manner: (a) where the Institution is a corporation, or belongs to a corporation, whether a corporation sole or a corporation aggregate, they shall vest in the corporation; (b) where the Institution is neither a corporation nor belongs to a corporation, they shall vest in the person or persons to whom the Institution belongs, or to the trustee or trustees of the Institution, if any, and shall be used for the benefit of the students of the Institution in such manner as the Executive Head may, in his absolute discretion, direct. (3) Any person having in his possession or under his custody, control or charge any money, property, asset or right whatsoever referred to in subsection (2), or any document pertaining thereto, shall forthwith give delivery and possession of the same to the corporation, person, or trustee in whom the same are vested in accordance with subsection (2), and shall do all such acts or things as may be necessary to effect such delivery or possession. (4) The corporation, person, or trustee in whom the vesting is effected in accordance with subsection (2) shall not be responsible or liable to meet any dues, debts, obligations or liabilities whatsoever of any organization or body of students referred to in subsection (2): Provided, however, that the Executive Head of the Institution may, in his absolute discretion, decide to use any money, property, asset or right whatsoever vested as aforesaid in accordance with subsection (2) to meet any due, debt, obligation or liability of any such organization or body of students if he deems it just and proper to do so. (5) In this section “person” includes the Government of Malaysia or a State Government. (6) The Minister may by order published in the Gazette make such provision as he may consider necessary or expedient for the purpose of giving effect to the provisions of this section or to remove any difficulties occasioned by them. *NOTE—The Co-operative Societies Ordinance 1948 [F.M. Ord. 33 of 1948] has been repealed by s. 95 of the Co-operative Societies Act 1993 [Act 502].

Malay text (authoritative)

Pertubuhan dan badan pelajar yang sedia ada dalam sesuatu Institusi

(1) Pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, semua pertubuhan dan badan pelajar yang sedia ada sebaik sebelum tarikh itu di dalam sesuatu Institusi dan yang baginya seksyen 18 tidak terpakai hendaklah terbubar. (2) Semua apa jua wang, harta, aset dan hak semua pertubuhan dan badan pelajar yang sedia ada dalam sesuatu Institusi sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini dan tanpa apa-apa jua pemindahhakan, serah hak atau pindah hakmilik, terletak hak secara berikut: (a) jika Institusi itu adalah suatu perbadanan, atau adalah kepunyaan suatu perbadanan, sama ada suatu perbadanan *CATATAN—Ordinan Syarikat Kerjasama 1948, Malaysia Barat [Ord. P.T.M. 33 tahun 1948] telah dimansuhkan oleh seksyen 95 Akta Syarikat Kerjasama 1993 [Akta 502]. tunggal atau suatu perbadanan kumpulan ia hendaklah terletak hak pada perbadanan itu; (b) jika Institusi itu bukan suatu perbadanan dan juga bukan kepunyaan suatu perbadanan, ia hendaklah terletak hak pada orang atau orang-orang yang mempunyai Institusi itu, atau pada pemegang amanah atau pemegangpemegang amanah Institusi itu, jika ada, dan hendaklah digunakan bagi faedah pelajar Institusi itu dengan cara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Eksekutif menurut budi bicara mutlaknya. (3) Seseorang yang ada dalam milikannya atau dalam jagaan, kawalan atau tanggungannya apa-apa jua wang, harta, aset atau hak yang tersebut dalam subseksyen (2), atau apa-apa dokumen berkenaan dengannya, hendaklah serta-merta menyerahkan wang, harta, aset, hak atau dokumen itu kepada dan ke dalam milikan perbadanan, orang, atau pemegang amanah yang padanya wang, harta, aset, hak atau dokumen itu terletak hak mengikut subseksyen (2), dan ia hendaklah melakukan semua perbuatan atau perkara yang perlu untuk menyempurnakan penyerahan atau pemilikan itu. (4) Perbadanan, orang, atau pemegang amanah yang padanya perletakhakan itu adalah dilakukan mengikut subseksyen (2) adalah tidak bertanggungjawab atau tidak bertanggungan untuk menunaikan apa-apa jua bayaran, hutang, kewajipan atau tanggungan mana-mana pertubuhan atau badan pelajar yang tersebut dalam subseksyen (2): Dengan syarat, walau bagaimanapun, bahawa Ketua Eksekutif Institusi itu boleh, menurut budi bicara mutlaknya, membuat keputusan untuk menggunakan apa-apa jua wang, harta, aset atau hak yang terletak hak seperti tersebut di atas mengikut subseksyen (2) bagi menunaikan, apa-apa bayaran, hutang, kewajipan atau tanggungan mana-mana pertubuhan atau badan pelajar itu jika difikirkannya adil dan wajar berbuat demikian. (5) Dalam seksyen ini “orang” termasuklah Kerajaan Malaysia atau sesuatu Kerajaan Negeri. (6) Menteri boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud menguatkuasakan peruntukan seksyen ini atau untuk menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh peruntukan itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 174 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 March 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next