My bookmarksSign up free
← Trade Marks Act 1976

Trade Marks Act 1976 s 10

Trade Marks Act 1976 s 10

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 10 Registrable trade marks

(1) In order for a trade mark (other than a certification trade mark) to be registrable, it shall contain or consist of at least one of the following particulars: (a) the name of an individual, company or firm represented in a special or particular manner; (b) the signature of the applicant for registration or of some predecessor in his business; (c) an invented word or words; (d) a word having no direct reference to the character or quality of the goods or services not being, according to its ordinary meaning, a geographical name or surname; or (e) any other distinctive mark. (2) A name, signature or word which is not described in paragraph (1)(a), (b), (c) or (d) is not registrable unless it is by evidence shown to be distinctive. (2A) For the purposes of this section, “distinctive”, in relation to the trade mark registered or proposed to be registered in respect of goods or services, means the trade mark must be capable of distinguishing goods or services with which the proprietor of the trade mark is or may be connected in the course of trade from goods or services in the case of which no such connection subsists, either generally or, where the trade mark is registered or proposed to be registered, subject to conditions, amendments, modifications or limitations, in relation to use within the extent of the registration. (2 B ) In determining whether a trade mark is capable of distinguishing as aforesaid, regard may be had to the extent to which— (a) the trade mark is inherently capable of distinguishing as aforesaid; and (b) by reason of the use of the trade mark or of any other circumstances, the trade mark is in fact capable of distinguishing as aforesaid. (3) A trade mark may be registered in the Register in respect of any goods or services.

Malay text (authoritative)

Cap dagangan yang boleh didaftarkan

(1) Untuk membolehkan sesuatu cap dagangan (lain daripada cap dagangan perakuan) didaftarkan, cap dagangan itu hendaklah mengandungi atau mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada butir-butir yang berikut: (a) nama seorang perseorangan, nama syarikat atau firma yang dinyatakan dengan suatu cara khas atau tertentu; (b) tanda tangan pemohon pendaftaran atau tandatangan seseorang peniaga sebelumnya dalam perniagaannya; (c) suatu atau beberapa perkataan yang dicipta; (d) suatu perkataan yang tiada mempunyai apa-apa hubungan yang langsung dengan sifat atau kualiti barang-barang atau perkhidmatan itu, iaitu perkataan yang mengikut ertinya yang biasa bukan suatu nama berasalkan tempat atau suatu nama keluarga; (e) apa-apa tanda distinktif yang lain. (2) Sesuatu nama, tanda tangan atau perkataan yang tidak diperihalkan dalam perenggan (1)(a), (b), (c), atau (d) tidak boleh didaftarkan melainkan jika ia dibuktikan dengan keterangan sebagai distinktif. (2A) Bagi maksud seksyen ini, “distinktif”, berhubungan dengan cap dagangan yang didaftarkan atau yang dicadang didaftarkan mengenai barang-barang atau perkhidmatan ertinya cap dagangan itu mestilah boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan yang dengannya tuan punya cap dagangan itu ada atau mungkin ada hubungan dalam penjalanan perdagangan daripada barang-barang atau perkhidmatan yang dalam halnya tiada hubungan sedemikian wujud, sama ada secara amnya atau, jika cap dagangan itu didaftarkan atau dicadang didaftarkan, tertakluk kepada syarat, pindaan, ubah suai atau batasan, berhubungan dengan penggunaan dalam takat pendaftaran itu. (2B ) Dalam menentukan sama ada sesuatu cap dagangan boleh membezakan sebagaimana yang tersebut dahulu, perhatian bolehlah diberikan kepada takat yang— (a) cap dagangan itu pada asasnya boleh membezakan sebagaimana yang tersebut dahulu; dan (b) oleh sebab penggunaan cap dagangan itu atau oleh sebab apa-apa hal keadaan lain, cap dagangan itu pada hakikatnya boleh membezakan sebagaimana yang tersebut dahulu. (3) Sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan dalam Daftar mengenai apa-apa barang atau perkhidmatan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next