My bookmarksSign up free
← Trade Marks Act 1976

Trade Marks Act 1976 s 25

Trade Marks Act 1976 s 25

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 25 Registration

(1) Any person claiming to be the proprietor of a trade mark used or proposed to be used by him may make application to the Registrar for the registration of that mark in the Register in the prescribed manner. (2) An application shall not be made in respect of goods or services comprised in more than one class. (3) Subject to the provisions of this Act, the Registrar may refuse the application or may accept it absolutely or subject to such conditions, amendments, modifications or limitations, if any, as he may think right to impose. (4) In the case of refusal or conditional acceptance the Registrar shall, if required by the applicant, state in writing the grounds of his decision and the material used by him in arriving at the same. (5) A decision of the Registrar under subsection (3) is subject to appeal to the Court. (6) An appeal under this section shall be made in the prescribed manner and the Court shall, if required, hear the applicant and the Registrar, and shall make an order determining whether, and subject to what conditions, amendments, modifications or limitations, if any, the application is to be accepted. (7) The appeal shall be heard on the material stated by the Registrar to have been used by him in arriving at his decision and no further grounds of objection to the acceptance of the application shall be allowed to be taken by the Registrar other than those so stated except by leave of the Court. (8) Where any further grounds of objection are taken the applicant shall be entitled to withdraw his application without payment of costs on giving notice in the prescribed manner. (9) The Registrar or the Court, as the case may be, may at any time, whether before or after acceptance, correct any error in or in connection with the application or may permit the applicant to amend his application upon such terms as he or it may think fit. (10) Any application submitted and accepted under this section shall notwithstanding any correction or amendment permitted by the Registrar or the Court to be made in such application be deemed to have been made on the date of its original submission. (11) (Repealed by Act A1078). (12) Without prejudice to subsection (10) where after the acceptance of an application for registration of a trade mark but before the registration of the trade mark the Registrar is satisfied— (a) that the application has been accepted in error; or (b) that in the special circumstances of the case the trade mark shall not be registered or shall be registered subject to additional or different conditions or limitations, the Registrar may withdraw the acceptance and proceed as if the application had not been accepted or, in respect only of a trade mark which shall be registered subject to additional or different conditions or limitations, reissue a new acceptance subject to additional or different conditions or limitations.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran

(1) Seseorang yang mengaku sebagai tuan punya sesuatu cap dagangan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan olehnya boleh membuat permohonan kepada Pendaftar untuk mendaftarkan cap dagangan itu dalam Daftar dengan cara yang ditetapkan. (2) Permohonan tidak boleh dibuat mengenai barang-barang atau perkhidmatan yang terdiri daripada lebih daripada satu kelas. (3) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Pendaftar boleh menolak permohonan itu atau boleh menyetuju terimanya secara mutlak atau dengan tertakluk kepada syarat, pindaan, ubah suaian atau batasan, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan. (4) Jika Pendaftar menolak permohonan itu atau menyetuju terimanya dengan bersyarat Pendaftar hendaklah, jika dikehendaki oleh pemohon itu, menyatakan secara bertulis alasan keputusannya itu dan juga bahan yang digunakan olehnya pada mencapai keputusan itu. (5) Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (3) adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah. (6) Sesuatu rayuan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dengan cara yang ditetapkan dan Mahkamah hendaklah, jika dikehendaki, mendengar pemohon itu dan juga Pendaftar, dan hendaklah membuat suatu perintah memutuskan sama ada, dan tertakluk kepada syarat, pindaan, ubah suaian atau batasan apakah, jika ada, permohonan itu akan disetuju terima. (7) Rayuan itu hendaklah didengar berasaskan bahan yang dinyatakan oleh Pendaftar itu sebagai telah digunakan olehnya pada mencapai keputusannya dan tiada apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan terhadap penyetujuterimaan permohonan itu boleh dibenarkan untuk diambil kira oleh Pendaftar melainkan alasan yang telah dinyatakan sedemikian kecuali dengan kebenaran Mahkamah. (8) Jika apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan diambil kira, pemohon itu berhak menarik balik permohonannya tanpa membayar kos dengan memberi notis dengan cara yang ditetapkan. (9) Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas sesuatu permohonan disetuju terima, membetulkan apa-apa kesilapan dalam atau berkenaan dengan permohonan itu atau boleh membenarkan pemohon itu meminda permohonannya atas apa-apa syarat yang difikirkannya patut. (10) Sesuatu permohonan yang dikemukakan atau disetuju terima di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun pembetulan atau pindaan yang dibenarkan oleh Pendaftar atau Mahkamah untuk dibuat dalam permohonan itu, disifatkan sebagai telah dibuat pada tarikh ia dikemukakan pada asalnya. (11) (Dipotong oleh Akta A1078). (12) Tanpa menyentuh subseksyen (10), jika selepas sesuatu permohonan disetuju terima untuk pendaftaran suatu cap dagangan tetapi sebelum cap dagangan itu didaftarkan Pendaftar berpuas hati— (a) bahawa permohonan itu telah disetuju terima dengan silap; atau (b) bahawa dalam keadaan khas hal itu cap dagangan itu tidak boleh didaftarkan atau hendaklah didaftarkan tertakluk kepada syarat atau batasan tambahan atau yang berlainan, Pendaftar boleh menarik balik penyetujuterimaan itu dan mengambil tindakan seolah-olah permohonan itu telah tidak disetuju terima atau berkenaan dengan cap dagangan yang hendaklah didaftarkan tertakluk kepada syarat atau batasan tambahan atau yang berlainan sahaja, mengeluarkan semula suatu penyetujuterimaan baru tertakluk kepada syarat atau batasan tambahan atau yang berlainan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next