Trade Marks Act 1976 s 26
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 26 Application may be accepted where trade mark is to be used by assignee or registered user
(1) An application for the registration of a trade mark in respect of any goods or services shall not be refused nor shall permission for such registration be withheld on the ground that it appears that the applicant does not use or propose to use the trade mark—
(a) if the Registrar is satisfied that a body corporate is about to be constituted and that the applicant intends to assign the trade mark to the corporation with a view to the use thereof in relation to those goods or services by the corporation; or
(b) if an application has been made for the registration of a person as a registered user of the trade mark, and the Registrar is satisfied that the proprietor intends it to be used by that person in relation to those goods or services and the Registrar is also satisfied that that person will be registered as a registered user thereof immediately after registration of the trade mark.
(2) The Registrar may, as a condition of the exercise of the power conferred by subsection (1) in favour of the applicant, require him to give security for the costs of any proceedings before him relative to any opposition and, in default of such security being duly given, may treat the application as abandoned.
(3) Where a trade mark is registered in respect of any goods or services under the power conferred by subsection (1), then unless the corporation has been registered as the proprietor of the trade mark in respect of those goods or services within a period of six months, the registration shall cease to have effect in respect thereof at the expiration of that period and the Registrar shall amend the Register accordingly.
Malay text (authoritative)
Permohonan boleh disetuju terima jika cap dagangan akan digunakan oleh pemegang serah hak atau pengguna berdaftar
(1) Sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan mengenai apa-apa barang-barang atau perkhidmatan tidak boleh ditolak dan juga kebenaran untuk mendaftarkan cap dagangan itu tidak boleh ditahan atas alasan bahawa pemohon itu nampaknya tidak menggunakan atau tidak bercadang untuk menggunakan cap dagangan itu—
(a) jika Pendaftar berpuas hati bahawa suatu pertubuhan perbadanan hampir hendak ditubuhkan dan bahawa pemohon itu bercadang hendak menyerahhakkan cap dagangan itu kepada perbadanan itu dengan tujuan supaya ia digunakan oleh perbadanan itu berhubung dengan barangbarang atau perkhidmatan itu; atau
(b) jika permohonan telah dibuat untuk mendaftarkan seseorang sebagai seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu, dan Pendaftar berpuas hati bahawa tuan punyanya itu mencadangkan cap dagangan itu digunakan oleh orang itu berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan itu dan Pendaftar juga berpuas hati bahawa orang itu akan didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu selepas sahaja cap dagangan itu didaftarkan.
(2) Pendaftar boleh, sebagai suatu syarat bagi menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) untuk faedah pemohon, menghendaki pemohon memberi sekuriti bagi kos apa-apa langkah pembicaraan di hadapannya berhubung dengan apa-apa bangkangan dan, jika sekuriti itu tidak diberi dengan sewajarnya Pendaftar boleh mensifatkan permohonan itu sebagai digugurkan.
(3) Jika suatu cap dagangan didaftarkan mengenai apa-apa barang atau perkhidmatan di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen
(1), melainkan perbadanan itu telah didaftarkan sebagai tuan punya cap dagangan itu mengenai barang-barang atau perkhidmatan itu
dalam tempoh enam bulan, pendaftaran itu hendaklah berhenti berkuat kuasa mengenai barang-barang atau perkhidmatan itu apabila tamat tempoh itu dan Pendaftar hendaklah meminda Daftar dengan sewajarnya.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).