My bookmarksSign up free
← Trade Marks Act 1976

Trade Marks Act 1976 s 33

Trade Marks Act 1976 s 33

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 33 Words used as name or description of article, substance or service

(1) The registration of a trade mark shall not be deemed to have become invalid by reason only of any use after the date of the registration of a word or words which the trade mark contains or of which it consists as the name or description of an article, a substance or a service. (2) If it is proved either— (a) that there is a well known and established use of the word or words as the name or description of the article or substance by a person or persons carrying on a trade therein, not being use in relation to goods connected in the course of trade with the proprietor or a registered user of the trade mark or, in the case of a certification trade mark, goods certified by the proprietor; (b) that the article or substance was formerly manufactured under a patent, that a period of two years after the cesser of the patent has elapsed and that the word or words is or are the only practicable name or description of the article or substance; or (c) that there is a well known and established use of the word or words as the name or description of some service by a person or persons providing services which include that service, not being use in relation to services the provision of which the proprietor or registered user of the trade mark is connected to in the course of trade, subsection (3) shall have effect. (3) When the facts mentioned in paragraph 2(a), (b) or (c) are proved with respect to any word or words then— (a) if the trade mark consists solely of that word or those words, the registration of the trade mark, so far as regards registration in respect of the article, substance or service in question or of any goods or service of the same description, shall be deemed for the purpose of section 45 to be an entry wrongly remaining in the Register; (b) if the trade mark contains the word or those words and other matter, the Court or the Registrar in deciding whether the trade mark shall remain on the Register so far as regards registration in respect of the article, substance or service in question or of any goods or service of the same description may in case of a decision in favour of its remaining on the Register require as a condition thereof that the proprietor shall disclaim any right to the exclusive use in relation to that article, substance or service in question or any goods or service of the same description of that word or those words so, however, that no disclaimer on the Register shall affect any right of the proprietor of a trade mark except such as arising out of the registration of the trade mark in respect of which the disclaimer is made; and (c) for the purposes of any other legal proceedings relating to the trade mark— (i) if the trade mark consists solely of that word or those words, all rights of the registered proprietor to the exclusive use of the trade mark in relation to the article, substance or service in question or to any goods or service of the same description; or (ii) if the trade mark contains that word or those words and other matter, all rights of the registered proprietor to the exclusive use of the word or those words, in such relation as in subparagraph (1), shall be deemed to have ceased on the date at which the use mentioned in paragraph (2)(a) or (c) first became well known and established or at the expiration of the period of two years mentioned in paragraph (2)(b). (4) No word which is the commonly used and accepted name of any single chemical element or single chemical compound, as distinguished from a mixture, shall be registered as a trade mark in respect of a chemical substance or preparation except that this subsection shall not have effect in relation to a word which is used to denote only a brand or make of the element or compound as made by the proprietor or a registered user of the trade mark as distinguished from the element or compound as made by others and in association with a suitable name or description open to the public use.

Malay text (authoritative)

Perkataan digunakan sebagai nama atau perihal sesuatu barang, benda atau perkhidmatan

(1) Pendaftaran sesuatu cap dagangan tidak boleh disifatkan sebagai menjadi tidak sah semata-mata oleh sebab suatu atau beberapa perkataan yang terkandung dalam atau yang menjadi sebahagian daripada cap dagangan itu telah digunakan sebagai nama atau perihal sesuatu barang, benda atau perkhidmatan selepas tarikh cap dagangan itu didaftarkan. (2) Jika dibuktikan sama ada— (a) bahawa perkataan itu telah digunakan secara terkenal dan pasti sebagai nama atau perihal barang atau benda itu oleh orang yang menjalankan perdagangan barang atau benda itu iaitu bukan telah digunakan berhubung dengan barang-barang yang ada hubungan dalam penjalanan perdagangan dengan tuan punya atau seseorang pengguna berdaftar cap dagangan itu atau, mengenai cap dagangan perakuan, bukan telah digunakan berhubung dengan barangbarang yang diperakui oleh tuan punya itu; (b) bahawa barang atau benda itu telah dahulunya dibuat di bawah suatu paten; bahawa suatu tempoh dua tahun atau lebih telah luput selepas berhentinya paten itu dan bahawa perkataan itu hanya nama atau perihal yang praktik bagi barang atau benda itu; atau (c) bahawa perkataan itu telah digunakan secara terkenal dan pasti sebagai nama atau perihal perkhidmatan oleh orang yang menyediakan perkhidmatan yang termasuklah perkhidmatan itu iaitu bukan telah digunakan berhubungan dengan perkhidmatan yang dengan penyediaannya tuan punya atau pengguna berdaftar cap dagangan itu ada hubungan dalam penjalanan perdagangan, subseksyen (3) hendaklah berkuat kuasa. (3) Apabila fakta yang disebutkan dalam perenggan (2)(a), (b) atau (c) dibuktikan berkenaan dengan sesuatu perkataan atau perkataan-perkataan— (a) jika cap dagangan itu terdiri semata-mata dari perkataan atau perkataan-perkataan itu, pendaftaran cap dagangan itu, setakat mana yang berkenaan dengan pendaftaran mengenai barang, benda atau perkhidmatan yang berkenaan atau apa-apa barang atau perkhidmatan daripada perihal yang sama, hendaklah disifatkan bagi maksud seksyen 45 sebagai suatu catatan yang berada dengan salah dalam Daftar; (b) jika cap dagangan itu mengandungi perkataan atau perkataan-perkataan itu dan perkara lain, Mahkamah atau Pendaftar pada memutuskan sama ada cap dagangan itu hendaklah berada dalam Daftar, setakat mana berkenaan dengan pendaftaran mengenai barang, benda atau perkhidmatan yang berkenaan atau apa-apa barang atau perkhidmatan daripada perihal yang sama boleh, sekiranya keputusan diberi membenarkan cap dagangan itu berada dalam Daftar, menghendaki sebagai suatu syarat keputusan itu supaya tuan punyanya melucutkan apa-apa hak ke atas penggunaan eksklusif perkataan atau perkataanperkataan berhubung dengan barang, benda atau perkhidmatan yang berkenaan atau apa-apa barang atau perkhidmatan daripada perihal yang sama tetapi walau bagaimanapun tiada sesuatu pelucutan dalam Daftar boleh menyentuh apa-apa hak tuan punya sesuatu cap dagangan kecuali sebagaimana yang berbangkit dari pendaftaran cap dagangan yang mengenainya pelucutan itu dibuat; dan (c) bagi maksud apa-apa pembicaraan lain di sisi undangundang berhubung dengan cap dagangan itu— (i) jika cap dagangan itu terdiri semata-mata dari perkataan atau perkataan-perkataan itu, semua hak tuan punya berdaftarnya ke atas penggunaan eksklusif cap dagangan itu berhubung dengan barang, benda atau perkhidmatan yang berkenaan atau apa-apa barang atau perkhidmatan daripada perihal yang sama; atau (ii) jika cap dagangan itu mengandungi perkataan atau perkataan-perkataan itu dan perkara lain, semua hak tuan punya berdaftarnya ke atas penggunaan eksklusif perkataan atau perkataan-perkataan itu dalam hubungan seperti dalam subperenggan (1), hendaklah disifatkan sebagai telah berhenti pada tarikh penggunaan yang disebutkan dalam perenggan (2)(a) atau (c) mula-mula menjadi terkenal dan pasti atau apabila tamat tempoh dua tahun yang disebutkan dalam perenggan (2)(b). (4) Tiada sesuatu perkataan yang biasanya digunakan dan diterima sebagai nama bagi satu unsur kimia atau satu sebatian kimia, sebagaimana yang berbeza dengan sesuatu campuran, boleh didaftarkan sebagai suatu cap dagangan mengenai benda atau sediaan kimia kecuali bahawa subseksyen ini tidak berkuat kuasa berhubung dengan sesuatu perkataan yang digunakan untuk menunjukkan hanya sesuatu jenama atau buatan unsur atau sebatian yang dibuat oleh tuan punya atau seseorang pengguna berdaftar cap dagangan itu sebagaimana yang berbeza dengan unsur atau sebatian yang dibuat oleh orang lain dan berkaitan dengan sesuatu nama atau perihal yang sesuai yang terbuka untuk kegunaan orang ramai.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next