My bookmarksSign up free
← Trade Marks Act 1976

Trade Marks Act 1976 s 46

Trade Marks Act 1976 s 46

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 46 Provisions as to non-use of trade mark

(1) Subject to this section and to section 57, the Court may, on application by a person aggrieved, order a trade mark to be removed from the Register in respect of any of the goods or services in respect of which it is registered on the ground— (a) that the trade mark was registered without an intention in good faith, on the part of the applicant for registration or, if it was registered under subsection 26(1), on the part of the body corporate or registered user concerned, to use the trade mark in relation to those goods or services and that there has in fact been no use in good faith of the trade mark in relation to those goods or services by the registered proprietor or registered user of the trade mark for the time being up to the date one month before the date of the application; or (b) that up to one month before the date of the application a continuous period of not less than three years had elapsed during which the trade mark was a registered trade mark and during which there was no use in good faith of the trade mark in relation to those goods or services by the registered proprietor or registered user of the trade mark for the time being. (2) Except where an applicant has been permitted under section 20 to register an identical or a nearly resembling trade mark in respect of the goods or services to which the application relates or the Court is of the opinion that the applicant can properly be permitted to register the trade mark, the Court may refuse an application made under subsection (1)— (a) in relation to any goods, if there has been, before the relevant date or during the relevant period, as the case may be, use in good faith of the trade mark by the registered proprietor of the trade mark for the time being in relation to goods of the same description, being goods in respect of which the trade mark is registered; and (b) in relation to any services, if there has been, before the relevant date or during the relevant period, as the case may be, use in good faith of the trade mark by the registered proprietor of the trade mark for the time being in relation to services of the same description, being services in respect of which the trade mark is registered. (3) Where in relation to goods in respect of which a trade mark is registered— (a) the matter referred to in paragraph (1)(b) are shown as far as regards failure to use the trade mark in relation to goods to be sold or otherwise traded in in a particular place in Malaysia (otherwise than for export from Malaysia) or in relation to goods to be exported to a particular market outside Malaysia; and (b) a person has been permitted under section 20 to register an identical or nearly resembling trade mark in respect of those goods under a registration extending to the use in relation to goods to be sold or otherwise traded in in that place (otherwise than for export from Malaysia) or in relation to goods to be exported to that market, or the Court is of the opinion that that person might properly be permitted to register the trade mark, the Court may, on application by that person, direct that the registration of the first-mentioned trade mark shall be subject to such conditions, amendments, modifications or limitations as the Court thinks proper for securing that that registration shall cease to extend to use of the trade mark in relation to goods to be sold or otherwise traded in that place (otherwise than for export from Malaysia) or in relation to goods to be exported to that market. (3A) Where in relation to services in respect of which a trade mark is registered— (a) the matters referred to in paragraph (1)(b) are shown as far as regards failure to use the trade mark in relation to services provided in a particular place in Malaysia; and (b) a person has been permitted under section 20 to register an identical or a nearly resembling trade mark in respect of those services under a registration extending to the use in relation to services provided in that place, or the Court is of the opinion that that person might properly be permitted to register the trade mark, the Court may, on application by that person, direct that the registration of the first-mentioned trade mark shall be subject to such conditions, amendments, modifications or limitations as the Court thinks proper for securing that that registration shall cease to extend to use of the trade mark in relation to services provided in that place. (4) An applicant is not entitled to rely for the purpose of paragraph (1)(b) or for the purpose of subsection (3) or (3A) on any failure to use a trade mark if failure is shown to have been due to special circumstances in the trade and not to an intention not to use or to abandon the trade mark in relation to the goods to which the application relates. (5) (Deleted by Act A881).

Malay text (authoritative)

Peruntukan tentang tiadanya penggunaan cap dagangan

(1) Tertakluk kepada seksyen ini dan kepada seksyen 57, Mahkamah boleh, atas permohonan oleh seseorang yang terkilan, memerintahkan supaya sesuatu cap dagangan dihapuskan dari Daftar mengenai mana-mana daripada barang-barang atau perkhidmatan yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan atas alasan: (a) bahawa cap dagangan itu telah didaftarkan tanpa niat suci hati di pihak pemohon pendaftaran itu atau, jika cap dagangan itu telah didaftarkan di bawah subseksyen 26(1), tanpa niat suci hati di pihak pertubuhan perbadanan atau pengguna berdaftar yang berkenaan itu, untuk menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan itu dan bahawa pada sebenarnya tiada apaapa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan itu oleh tuan punya berdaftar atau pengguna berdaftar cap dagangan itu pada masa itu hingga tarikh satu bulan sebelum tarikh permohonan itu; atau (b) bahawa hingga satu bulan sebelum tarikh permohonan itu suatu tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun terus menerus telah luput dalam mana cap dagangan itu adalah cap dagangan berdaftar dan dalam tempoh itu tiada apa-apa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan itu berhubung dengan barangbarang atau perkhidmatan itu oleh tuan punya berdaftar atau pengguna berdaftar cap dagangan pada masa itu. (2) Kecuali jika seseorang pemohon telah dibenarkan di bawah seksyen 20 untuk mendaftarkan cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan mengenai barangbarang atau perkhidmatan yang berkaitan dengan permohonan itu atau Mahkamah berpendapatan bahawa pemohon itu boleh dibenarkan dengan patut untuk mendaftarkan cap dagangan itu, Mahkamah boleh menolak sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1)— (a) berhubungan dengan apa-apa barang, jika telah ada, sebelum tarikh yang relevan itu atau semasa tempoh yang relevan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, penggunaan suci hati cap dagangan itu oleh tuan punya berdaftar cap dagangan pada masa itu berhubungan dengan barangbarang daripada perihal yang sama, iaitu barang-barang yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan; dan (b) berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan, jika telah ada, sebelum tarikh yang relevan itu atau semasa tempoh yang relevan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, penggunaan suci hati cap dagangan itu oleh tuan punya berdaftar cap dagangan pada masa itu berhubungan dengan perkhidmatan daripada perihal yang sama, iaitu perkhidmatan yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan. (3) Jika berhubung dengan barang-barang yang mengenainya sesuatu cap dagangan didaftarkan— (a) perkara yang disebutkan dalam perenggan (1)(b) adalah ditunjukkan setakat yang berkenaan dengan kemungkiran menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barangbarang yang akan dijual atau pun ditukar beli di sesuatu tempat tertentu dalam Malaysia (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke sesuatu pasaran tertentu di luar Malaysia; dan (b) seseorang telah dibenarkan di bawah seksyen 20 untuk mendaftarkan sesuatu cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan mengenai barang-barang itu di bawah suatu pendaftaran yang meliputi penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barangbarang yang akan dijual atau pun ditukar beli di tempat itu (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke pasaran itu, atau Mahkamah berpendapat bahawa orang itu mungkin dibenarkan dengan sepatutnya untuk mendaftarkan cap dagangan itu, Mahkamah boleh, atas permohonan oleh orang itu, mengarahkan supaya pendaftaran cap dagangan yang pertama tersebut itu dikenakan apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian, atau batasan yang difikirkan patut oleh Mahkamah bagi menjamin supaya pendaftaran itu tidak lagi meliputi penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukar beli di tempat itu (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke pasaran itu. (3A) Jika berhubungan dengan perkhidmatan yang mengenainya sesuatu cap dagangan didaftarkan— (a) perkara yang disebut dalam perenggan (1)(b) ditunjukkan setakat yang berkenaan dengan kemungkiran menggunakan cap dagangan itu berhubungan dengan perkhidmatan yang disediakan di tempat tertentu di Malaysia; dan (b) seseorang telah dibenarkan di bawah seksyen 20 untuk mendaftarkan sesuatu cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan mengenai perkhidmatan itu di bawah suatu pendaftaran yang meliputi penggunaan cap dagangan berhubungan dengan perkhidmatan yang disediakan di tempat itu, atau Makamah berpendapat bahawa orang itu boleh dibenarkan dengan patut untuk mendaftarkan cap dagangan itu, Mahkamah boleh, atas permohonan orang itu, mengarahkan supaya pendaftaran cap dagangan yang pertama disebut itu dikenakan apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian atau batasan yang difikirkan patut oleh Mahkamah bagi menjamin pendaftaran itu tidak lagi meliputi penggunaan cap dagangan itu berhubungan dengan perkhidmatan yang disediakan di tempat itu. (4) Seseorang pemohon tidak berhak menggunakan sebagai alasan, bagi maksud perenggan (1)(b) atau bagi maksud subseksyen (3) atau (3A), apa-apa kemungkiran menggunakan sesuatu cap dagangan jika kemungkiran itu dibuktikan sebagai telah disebabkan oleh hal keadaan khas dalam perdagangan dan bukannya oleh niat tidak hendak menggunakan atau oleh niat hendak menggugurkan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang dimaksudkan oleh permohonan itu. (5) (Dipotong oleh Akta A881).

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next