Trade Marks Act 1976 s 48
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 48 Registered users
(1) Subject to the provisions of this section, where the registered proprietor of a trade mark grants, by lawful contract, a right to any person to use the trade mark for all or any of the goods or services in respect of which the trade mark is registered, that person may be entered on the Register as a registered user of the said trade mark whether with or without any conditions or restrictions, provided that it shall be a condition of any such registration that the registered proprietor shall retain and exercise control over the use of the trade mark and over the quality of the goods or services provided by the registered user in connection with that trade mark.
(2) Where it is proposed that a person shall be registered as a registered user of a trade mark, the registered proprietor shall submit an application to the Registrar for the registration of that person as a registered user of the trade mark and such application shall be accompanied by the prescribed fee and the following information:
(a) the representation of the registered trade mark;
(b) the names, addresses, and addresses for service of the parties;
(c) the goods or services in respect of which the registration is proposed;
(d) any conditions or restrictions proposed with respect to the characteristics of the goods or services, to the mode or place of permitted use or to any other matter; and
(e) whether the permitted use is to be for a period or without limit of period, and if for a period, the duration of that period.
(3) The registered proprietor shall furnish the Registrar with such further documents, information or evidence as may be required by the Registrar or any regulations made under this Act.
(4) On receipt of an application for registration of a person as a registered user of a trade mark under subsection (2), the Registrar shall enter on the Register all the particulars required to be provided thereunder.
(5) Where a person has been registered as a registered user of a trade mark, the use of that trade mark by the registered user within the limits of his registration shall be deemed to be use by the registered proprietor of the trade mark to the same extent as the use of the trade mark by the registered user and shall be deemed not to be use by any other person.
(6) Subsection (5) shall cease to have effect with regard to any registered user of a trade mark—
(a) if the trade mark ceases to be a registered trade mark for any reason;
(b) if the goods or services for which the trade mark is registered are subsequently limited so as to exclude any or all of the goods or services in respect of which the registration of the registered user has been made;
(c) if the registered proprietor ceases to exercise control over the use of the trade mark and over the quality of the goods or services provided by the registered user concerned in relation to that trade mark;
(d) at the date of expiration of the last registration of the trade mark unless a fresh application under subsection
(2) accompanies any application for renewal of the registration of that trade mark;
(e) at the date of any assignment or transmission of the registered trade mark, unless and until the devolution of title is recorded on the Register in accordance with the
provisions of this Act and the subsequent proprietor of the registered trade mark makes a fresh application under subsection (2).
(7) If the registered proprietor of a trade mark fails to exercise any of the rights conferred on him by his registration to the prejudice of any registered user of that trade mark, the registered user may apply to the Court for such relief as the Court may consider just, including rectification of the Register by ordering that the registered user be recorded as the registered proprietor of the trade mark, and in any case where use of the trade mark by any person entitled to use it would be likely to deceive or cause confusion, the Court may order that the trade mark shall be removed from the Register, notwithstanding the provisions of section 37.
(8) Section 62 shall apply to any proceedings under subsection (7) that might lead to any alteration or rectification of the Register.
Malay text (authoritative)
Pengguna berdaftar
(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, jika tuan punya berdaftar sesuatu cap dagangan memberi, melalui kontrak yang sah, hak kepada mana-mana orang untuk menggunakan cap dagangan itu bagi semua atau mana-man barang atau perkhidmatan yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan, orang itu bolehlah dicatatkan dalam Daftar sebagai pengguna berdaftar cap dagangan yang tersebut sama ada dengan atau tanpa apa-apa syarat atau sekatan, dengan syarat bahawa hendaklah menjadi syarat manamana pendaftaran sedemikian bahawa tuan punya berdaftar itu hendaklah mengekalkan dan menjalankan kawalan ke atas kualiti barang-barang atau perkhidmatan yang disediakan oleh pengguna berdaftar itu berkaitan dengan cap dagangan itu.
(2) Jika seseorang dicadangkan didaftarkan sebagai pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan, tuan punya berdaftar hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pendaftar bagi pendaftaran orang itu sebagai pengguna berdaftar cap dagangan itu dan permohonan itu hendaklah disertai fi yang ditetapkan dan maklumat yang berikut:
(a) gambaran cap dagangan berdaftar itu;
(b) nama, alamat dan alamat untuk penyampaian pihak-pihak;
(c) barang-barang atau perkhidmatan yang mengenainya pendaftaran itu dicadangkan;
(d) apa-apa syarat atau sekatan yang dicadangkan berkenaan dengan ciri-ciri barang atau perkhidmatan itu, cara atau tempat penggunaan yang dibenarkan itu atau apa-apa perkara lain; dan
(e) sama ada penggunaan yang dibenarkan itu adalah bagi sesuatu tempoh atau tanpa had tempoh, dan jika bagi sesuatu tempoh, jangka masa tempoh itu.
(3) Tuan punya berdaftar hendaklah memberi kepada Pendaftar apa-apa dokumen, maklumat atau keterangan lanjut yang dikehendaki oleh Pendaftar atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(4) Apabila diterima permohonan bagi pendaftaran seseorang sebagai pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan di bawah subseksyen (2), Pendaftar hendaklah mencatatkan dalam Daftar segala butir yang dikehendaki diberikan di bawah subseksyen itu.
(5) Jika seseorang telah didaftarkan sebagai pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan, penggunaan cap dagangan itu oleh pengguna berdaftar itu dalam had pendaftarannya hendaklah disifarkan sebagai penggunaan oleh tuan punya berdaftar cap dagangan itu sehingga takat yang sama seperti penggunaan cap dagangan itu oleh pengguna berdaftar dan hendaklah disifatkan sebagai bukan penggunaan oleh mana-mana orang lain.
(6) Peruntukan subseksyen (5) hendaklah terhenti berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan—
(a) jika cap dagangan itu terhenti menjadi cap dagangan berdaftar atas apa-apa sebab;
(b) jika barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan kemudiannya dihadkan sehingga menyingkirkan mana-mana atau kesemua barang atau perkhidmatan yang mengenainya pendaftaran pengguna berdaftar itu telah dibuat;
(c) jika tuan punya berdaftar itu terhenti menjalankan kawalan ke atas penggunaan cap dagangan itu dan ke atas kualiti barang-barang atau perkhidmatan yang disediakan oleh pengguna berdaftar yang berkenaan berhubungan dengan cap dagangan itu;
(d) pada tarikh tamatnya pendaftaran yang akhir cap dagangan itu melainkan jika suatu permohonan baru yang dibuat di bawah subseksyen (2) menyertai apa-apa permohonan bagi pembaharuan pendaftaran cap dagangan itu;
(e) pada tarikh apa-apa penyerahhakan atau perpindahan cap dagangan berdaftar itu, melainkan jika dan sehingga penurunan hakmilik itu direkodkan dalam Daftar mengikut peruntukan Akta ini dan tuan punya kemudian cap dagangan berdaftar itu membuat permohonan baru di bawah subseksyen (2).
(7) Jika tuan punya berdaftar sesuatu cap dagangan tidak menjalankan mana-mana hak yang diberikan kepadanya oleh pendaftarannya sehingga memudaratkan mana-mana pengguna berdaftar cap dagangan itu, pengguna berdaftar itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa relief yang difikirkan adil oleh Mahkamah, termasuk pembetulan Daftar dengan memerintahkan supaya pengguna berdaftar itu direkodkan sebagai tuan punya berdaftar cap dagangan itu, dan dalam hal jika penggunaan cap dagangan itu oleh mana-mana orang yang berhak menggunakannya mungkin akan memperdaya atau menyebabkan kekeliruan, Mahkamah boleh memerintahkan supaya cap dagangan itu dihapuskan daripada Daftar, walau apa pun peruntukan seksyen 37.
(8) Seksyen 62 hendaklah terpakai bagi apa-apa prosiding di bawah subseksyen (7) yang mungkin membawa kepada apa-apa perubahan atau pembetulan Daftar.
Read this section in the full act → · Open Part IX →
Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).