Trade Marks Act 1976 s 55
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 55 Assignment and transmission of trade marks
(1) Subject to this section, a registered trade mark shall be assignable and transmissible with or without the goodwill of the business concerned in the goods or services in respect of which the trade mark is registered or in part of the goods or services.
(1A) Subsection (1) shall have effect in the case of an unregistered trade mark used in relation to any goods or services as it has effect in the case of a registered trade mark registered in respect of any goods or services, if at the time of the assignment or transmission of the unregistered trade mark it is or was used in the same business as a registered trade mark, and if it is or was assigned
or transmitted at the same time and to the same person as that registered trade mark and in respect of goods or services all of which are goods or services in relation to which the unregistered trade mark is or was used in that business and in respect of which that registered trade mark is or was assigned or transmitted.
(2) Notwithstanding subsection (1), an assignment of a registered trade mark without goodwill whether before or after the commencement of this Act is invalid if the trade mark has not at any time before the assignment been in use in good faith in Malaysia by the assignor or his predecessor in title except that this subsection does not apply where—
(a) the trade mark was registered with the intention that it shall be assignable to a body corporate yet to be formed and the trade mark has been assigned; or
(b) the trade mark was registered with the intention that a person shall be permitted to use it as a registered user and such registered user has been registered in respect of the trade mark within six months after the registration of the trade mark and has used that trade mark within that period.
(3) Notwithstanding subsections (1) and (1A), a trade mark shall be deemed not to be assignable or transmissible if, as a result of the assignment or transmission, whether under common law or by registration, more than one of the persons concerned would have exclusive rights to the use of an identical trade mark or to the use of trade marks so nearly resembling each other as are likely to deceive or cause confusion.
(4) Where an application is made in the prescribed manner by the registered proprietor of a trade mark who proposes to assign it or by a person who claims that a trade mark has been transmitted to him or to a predecessor in title of his since the commencement of this Act, the Registrar, if he is satisfied that in all circumstances the use of the trade marks in exercise of the said rights would not be contrary to the public interest, may in writing approve the assignment or transmission and an assignment or transmission so approved shall not be deemed to be or to have been invalid under this section but this provision shall not have effect unless application for the registration under section 47 of the title of the person becoming entitled is made within six months from the date on which the approval is given or, in the case of a transmission, was made before that date.
(5) Where an assignment in respect of any goods or services of a trade mark which is at the time of the assignment used in a business in those goods or services is made otherwise than in connection with the goodwill of that business, the assignment shall not be deemed to have taken effect unless the assignment has been advertised in the prescribed manner and the application for the assignment without goodwill, accompanied by the advertisement, has been sent to the Registrar.
(6) (Deleted by Act A881).
(7) A decision of the Registrar under this section is subject to appeal to the Court.
Malay text (authoritative)
Penyerahhakan dan perpindahan cap dagangan
(1) Tertakluk kepada seksyen ini, sesuatu cap dagangan berdaftar boleh diserahkan dan berpindah dengan atau tanpa nama baik perniagaan yang berkenaan tentang barang-barang atau perkhidmatan yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan atau tentang sebahagian daripada barang-barang atau perkhidmatan itu.
(1A) Subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuat kuasa dalam hal sesuatu cap dagangan tidak berdaftar yang digunakan berhubungan dengan apa-apa barang atau perkhidmatan sebagaimana yang ia mempunyai kuat kuasa dalam hal sesuatu cap dagangan berdaftar yang didaftarkan mengenai apa-apa barang atau perkhidmatan, jika pada masa penyerahhakan atau perpindahan cap dagangan tidak berdaftar itu ia digunakan atau telah digunakan dalam perniagaan yang sama sebagaimana cap dagangan berdaftar, dan jika ia diserahhakkan atau dipindahkan atau telah diserahhakkan atau telah dipindahkan pada masa yang sama dan kepada orang yang sama sebagaimana cap dagangan berdaftar itu dan mengenai barangbarang atau perkhidmatan yang kesemuanya adalah barang-barang atau perkhidmatan yang berhubungan dengannya cap dagangan tidak berdaftar itu yang atau telah digunakan dalam perniagaan itu dan mengenainya cap dagangan berdaftar itu yang atau telah diserahhakkan atau dipindahkan.
(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu penyerahakan sesuatu cap dagangan tanpa nama baik sama ada sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini adalah tidak sah jika tiada apa-apa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan itu pada bila-bila masa dalam Malaysia oleh penyerah hak itu atau pemegang hakmiliknya sebelumnya tetapi peruntukan-peruntukan subseksyen ini tidaklah terpakai jika—
(a) cap dagangan itu telah didaftarkan dengan tujuan supaya ia boleh diserahhakkan kepada suatu pertubuhan perbadanan yang masih hendak ditubuhkan dan cap dagangan itu telah diserahhakkan; atau
(b) cap dagangan itu telah didaftarkan dengan tujuan supaya seseorang akan dibenarkan menggunakannya sebagai seorang pengguna berdaftar dan pengguna berdaftar itu
pula telah didaftarkan mengenai cap dagangan itu dalam tempoh enam bulan selepas pendaftaran cap dagangan itu dan telah menggunakan cap dagangan itu dalam tempoh itu.
(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (1A), sesuatu cap dagangan hendaklah disifatkan tidak boleh diserahhakkan atau dipindahkan jika, akibat daripada penyerahhakan atau perpindahan itu, sama ada di bawah common law atau melalui pendaftaran, lebih daripada seorang daripada orang yang berkenaan akan mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan sesuatu cap dagangan yang serupa atau untuk menggunakan cap dagangan yang sebegitu hampir menyerupai satu sama lain sehingga mungkin memperdaya atau menyebabkan kekeliruan.
(4) Jika suatu permohonan dibuat dengan cara yang ditetapkan oleh tuan punya berdaftar suatu cap dagangan yang bercadang hendak menyerahhakkannya atau oleh seseorang yang menyatakan bahawa suatu cap dagangan telah dipindahkan kepadanya atau kepada pemegang hakmiliknya sebelumnya semenjak mula berkuat kuasanya Akta ini, Pendaftar, jika ia berpuas hati bahawa dalam segala hal keadaan penggunaan cap dagangan itu pada menjalankan hak tersebut tidak akan berlawanan dengan kepentingan orangramai, boleh secara bertulis meluluskan penyerahhakan atau perpindahan itu dan sesuatu penyerahhakan atau perpindahan yang diluluskan sedemikian tidak boleh disifatkan sebagai tidak sah atau sebagai telah tidak sah di bawah seksyen ini tetapi peruntukan ini tidak berkuat kuasa melainkan jika permohonan untuk mendaftarkan di bawah seksyen 47 hakmilik orang yang menjadi berhak itu dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelulusan itu diberi atau, mengenai sesuatu perpindahan, telah dibuat dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh itu.
(5) Jika sesuatu penyerahhakan mengenai mana-mana barang atau perkhidmatan sesuatu cap dagangan yang pada masa penyerahhakan itu digunakan dalam perniagaan dalam barangbarang atau perkhidmatan itu dibuat selain daripada berkaitan dengan nama baik perniagaan itu, penyerahhakan itu tidak boleh disifatkan telah berkuat kuasa melainkan jika penyerahhakan itu telah diiklankan mengikut cara yang ditetapkan dan permohonan bagi penyerahhakan tanpa nama baik itu, yang disertai dengan iklan itu, telah dihantar kepada Pendaftar.
(6) (Dipotong oleh Akta A881).
(7) Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.
Read this section in the full act → · Open Part X →
Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).