Trade Marks Act 1976 s 66
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 66 Minister may declare documents of foreign state pertaining to trade marks to be admissible
(1) The Minister may by order published in the Gazette declare any documents or class of documents of a foreign state to be admissible as evidence in any proceedings before a Court if—
(a) the document is sealed with the seal of the authorized officer or the government of the foreign state and the seal pertains to the trade marks registered in or otherwise recognized by the foreign country or if there is no such seal there is enclosed a certificate signed by the authorized officer to the effect that the document is evidence of the matter contained therein; and
(b) the foreign state or part thereof has entered into reciprocal arrangements with the Government of Malaysia in respect of the admissibility of the documents.
(2) For the purpose of this section—
“authorized officer” means a person or authority authorized by the government of the foreign state to keep and maintain a register or other record of trade marks under any written law in force in the foreign state relating to trade marks;
“document” means—
(a) a printed or written copy of extract or other record of trade marks kept and maintained in the foreign state under any written law in force in the foreign state relating to trade marks; or
(b) any other document pertaining to any matter or act in relation to trade marks registered in or otherwise recognized by the foreign state as trade marks;
“trade mark” means any device, brand, heading, label, ticket, name, signature, word, letter, numeral or any combination thereof which is used or proposed to be used in relation to goods or services for the purpose of indicating or so as to indicate a connection in the course of trade between the goods or services and a person having the right either as proprietor or as registered user to use the trade mark (in the foreign state) whether with or without any indication of the identity of that person and which is registered or otherwise recognized by the foreign state as a trade mark (under any written law in force in the foreign state relating to trade marks) but does not include the trade marks of another foreign state registered in or otherwise recognized by the foreign state by virtue of a reciprocal arrangement between the foreign state and that other foreign state.
(3) For avoidance of doubt this section shall not be construed to confer recognition of the trade marks of any foreign state for the purpose of registration under this Act but shall be construed only with references to the admissibility of evidence in any proceedings before a Court of the documents of the foreign state.
Malay text (authoritative)
Menteri boleh mengisytiharkan dokumen negara asing mengenai cap dagangan sebagai boleh diterima sebagai keterangan
(1) Menteri boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengisytiharkan sesuatu dokumen atau sesuatu kelas dokumen sesuatu negara asing sebagai boleh diterima sebagai keterangan dalam sesuatu pembicaraan di hadapan sesuatu Mahkamah jika—
(a) dokumen itu adalah dimeteraikan dengan meterai pegawai yang diberi kuasa atau dengan meterai kerajaan negara asing itu dan meterai itu adalah mengenai cap dagangan yang didaftarkan di dalam atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu atau jika tiada sesuatu meterai tersebut itu ada disertakan perakuan yang ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa itu yang bermaksud bahawa dokumen itu ialah keterangan mengenai perkara yang terkandung di dalamnya; dan
(b) negara asing itu atau sebahagian daripadanya telah membuat perkiraan salingan dengan Kerajaan Malaysia mengenai bolehnya diterima dokumen itu sebagai keterangan.
(2) Bagi maksud seksyen ini—
“cap dagangan” ertinya apa-apa tanda, jenama, kepala, label, tiket, nama, tandatangan, perkataan, huruf, angka atau apa-apa gabungan daripadanya yang digunakan atau dicadang untuk digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan bagi maksud menunjukkan atau supaya menunjukkan sesuatu hubungan dalam penjalanan perdagangan antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan seseorang yang berhak sama ada sebagai tuan punya atau sebagai pengguna berdaftar untuk menggunakan cap dagangan itu (di negara asing itu) sama ada dengan menunjukkan atau dengan tidak menunjukkan identiti orang itu dan yang didaftarkan atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu sebagai sesuatu cap dagangan
(di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap dagangan) tetapi tidak termasuk cap dagangan suatu negara asing yang lain yang didaftarkan di negara asing itu atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu menurut sesuatu perkiraan salingan antara negara asing itu dengan negara asing yang lain itu;
“dokumen” ertinya—
(a) sesuatu salinan bercetak atau bertulis atau cabutan atau rekod lain cap dagangan yang disimpan dan disenggara di negara asing di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap dagangan; atau
(b) apa-apa dokumen lain mengenai apa-apa perkara atau perbuatan berkenaan dengan cap dagangan yang didaftarkan dalam negara asing itu atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu sebagai cap dagangan;
“pegawai yang diberi kuasa” ertinya seseorang atau sesuatu pihak berkuasa yang diberi kuasa oleh kerajaan negara asing untuk menyimpan dan menyenggara suatu daftar atau lain-lain rekod capdagangan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap dagangan.
(3) Untuk mengelakkan keraguan, seksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai memberi pengiktirafan kepada cap dagangan sesuatu negara asing bagi maksud pendaftaran di bawah Akta ini tetapi hendaklah ditafsirkan hanya mengenai bolehnya diterima dokumen negara asing sebagai keterangan dalam sesuatu prosiding di hadapan Mahkamah.
Read this section in the full act → · Open Part XIII →
Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).