Trade Marks Act 1976 s 80
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 80 Agent
(1) Where an applicant for registration of a trade mark does not reside or carry on business in Malaysia, he shall appoint an agent to act for him.
(2) Where by this Act any act has to be done by or to any person in connection with a trade mark or proposed trade mark or any procedure relating thereto, the act may, under and in accordance with this Act and any regulations made thereunder or in particular cases by special leave of the Registrar, be done by or to an agent of that person duly authorized in the prescribed manner.
(3) No person, firm or company shall be authorized to act as an agent for the purposes of this Act unless that person is domiciled or resident in Malaysia or the firm or company is constituted under the laws of Malaysia and such person, firm or company carries on business or practice principally in Malaysia.
Malay text (authoritative)
Ejen
(1) Jika seseorang pemohon bagi pendaftaran sesuatu cap dagangan tidak bermastautin atau menjalankan perniagaan di Malaysia, dia hendaklah melantik ejen untuk bertindak bagi dirinya.
(2) Jika sesuatu perbuatan dikehendaki oleh Akta ini supaya dilakukan oleh atau ke atas mana-mana orang berkaitan dengan sesuatu cap dagangan atau cap dagangan yang dicadangkan atau apa-apa prosedur berhubungan dengannya, perbuatan itu boleh, di bawah dan mengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau dalam hal tertentu dengan kebenaran khas Pendaftar, dilakukan oleh atau ke atas ejen orang itu yang diberi kuasa sewajarnya mengikut cara yang ditetapkan.
(3) Tiada orang, firma atau syarikat boleh diberi kuasa untuk bertindak sebagai ejen bagi maksud Akta ini melainkan jika orang itu berdomisil atau bermastautin di Malaysia atau firma atau syarikat itu ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia dan orang, firma atau syarikat itu menjalankan perniagaan atau amalan secara utama di Malaysia.
Read this section in the full act → · Open Part XV →
Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).