Trade Marks Act 1976 s 84
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 84 Repeal and saving
(1) The Trade Marks Ordinance 1950, the Trade Marks Ordinance of Sabah and the Trade Marks Ordinance of Sarawak are hereby repealed.
(2) Notwithstanding the repeal of the Ordinances specified in subsection (1):
(a) any subsidiary legislation made under any of the repealed laws shall insofar as such subsidiary legislation is not inconsistent with the provisions of this Act continue in force and have effect as if it had been made under this Act and may be repealed, extended, varied or amended accordingly;
(b) any appointment made under the repealed laws or subsidiary legislation made thereunder shall continue in force and have effect as if it had been made under this Act unless the Minister otherwise directs;
(c) any certificate issued under any of the repealed laws and is in force immediately prior to the coming into force of this Act shall, subject to the terms, conditions and the period of validity specified in the certificate, continue in force and have the like effect as if it had been issued under this Act and the Registrar may amend, modify, renew, cancel or revoke such certificate in accordance with the powers conferred upon him by the relevant provisions of this Act relating thereto.
LAWS OF MALAYSIA
Malay text (authoritative)
Pemansuhan dan kecualian
(1) Ordinan Cap Dagangan, 1950, Ordinan Cap Dagangan, Sabah dan Ordinan Cap Dagangan, Sarawak adalah dengan ini dimansuhkan.
(2) Walau apa pun, apa-apa jua Ordinan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) adalah dimansuhkan:
(a) apa-apa jua perundangan kecil yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan itu hendaklah setakat mana perundangan kecil itu tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini terus berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini dan boleh dimansuhkan, dilanjutkan, diubah atau dipinda dengan sewajarnya;
(b) apa-apa jua perlantikan yang dibuat di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu atau di bawah perundangan kecil yang dibuat di bawahnya itu hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini melainkan jika selainnya diarahkan oleh Menteri;
(c) apa-apa jua perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana daripada undang-undang yang dimansuhkan itu dan yang berkuat kuasa sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, tertakluk kepada had, syarat dan tempoh sahnya yang dinyatakan dalam perakuan itu, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan yang serupa seolah-olah ia telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan Pendaftar boleh meminda, mengubah suai, membaharui, atau membatalkan perakuan itu mengikut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh peruntukan-peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini berkenaan dengannya.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Read this section in the full act → · Open Part XV →
Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).