(1) The registrar shall publish annually in the Gazette, as soon as practicable after the first day of January and not later than the thirty-first day of March each year, a list containing the names, addresses, qualifications, and dates of qualifications of all persons registered under this Act.
(2) The list published under subsection (1) may contain such further particulars as may be prescribed and the registrar may, if he so deems necessary, publish in the Gazette any entry that may from time to time be made in the register under subsection 10(1).
(3) The register shall be a public document within the meaning of the Evidence Act 1950 [Act 56] and the publication of such list shall be prima facie evidence that the persons named therein are registered under this Act.
(4) The absence of the name of any person from such list shall be prima facie that such person is not registered under this Act.
(5) A certificate under the hand of the registrar that the name of a person has been entered in, removed from or restored to the register shall be conclusive evidence that the person is or is not registered under this Act, as the case may be.
Malay text (authoritative)
Menyiarkan daftar dan anggapan
(1) Pendaftar hendaklah menyiarkan tiap-tiap tahun dalam Warta, dengan seberapa segera yang praktik selepas satu haribulan Januari dan tidak lewat daripada tiga puluh satu haribulan Mac setiap tahun, suatu senarai mengandungi nama, alamat, kelulusan, dan tarikh kelulusan semua orang yang didaftarkan di bawah Akta ini.
(2) Senarai yang disiarkan di bawah subsekyen (1) boleh mengandungi apa-apa butir lanjut sebagaimana yang ditetapkan dan pendaftar boleh, jika difikirkannya perlu, menyiarkan dalam Warta apa-apa catatan yang mungkin dari semasa ke semasa dibuat dalam daftar di bawah subsekyen 10(1).
(3) Daftar itu hendaklah menjadi dokumen awam mengikut pengertian Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan penyiaran senarai itu hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang yang tersebut namanya dalam daftar itu didaftarkan di bawah Akta ini.
(4) Tidak adanya nama mana-mana orang dalam senarai itu hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang itu tidak didaftarkan di bawah Akta ini.
(5) Sesuatu perakuan yang ditandatangani oleh pendaftar bahawa nama seseorang telah dicatatkan dalam daftar, dipotong dari atau dimasukkan semula dalam daftar hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu didaftarkan atau tidak didaftarkan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).