Medical Assistants (Registration) Act 1977 s 7
s 7 Only registered persons to be employed as medical assistants
(1) Subject to subsection (2) and section 8, no person shall be employed as a medical assistant or to perform the duties of a medical assistant (irrespective of the title attached to his office)—
(a) in a Government hospital, Government health centre or other Government institution for the care, treatment or rehabilitation of patients;
(b) in a private hospital, private clinic or other private institution for the care, treatment or rehabilitation of patients; or
(c) by a registered medical practitioner, unless such person is registered under this Act.
(2) Subsection (1) shall not apply—
(a) to persons undergoing training for the purposes of this Act in any of the institutions specified in paragraph (a) of that subsection as may be approved by the Board or in a training centre; and
(b) to persons registered under the Estate Hospital Assistants (Registration) Act 1965 [Act 435] in so far as such persons are to be employed or are employed in estate hospitals within the meaning of that Act.
(3) A person registered under the Estate Hospital Assistants (Registration) Act 1965 shall not be registered under this Act unless he becomes entitled to be registered under this Act and also ceases to be registered under that Act.
Malay text (authoritative)
Hanya orang berdaftar sahaja boleh diambil kerja sebagai pembantu perubatan
(1) Tertakluk kepada subsekyen (2) dan seksyen 8, tiada seseorang boleh diambil kerja sebagai pembantu perubatan atau menjalankan kewajipan pembantu perubatan (tidak kira apa jua gelaran yang diberi kepada jawatannya)—
(a) dalam sesuatu hospital Kerajaan, pusat kesihatan Kerajaan atau institusi Kerajaan yang lain bagi menjaga, merawat atau memulihkan pesakit;
(b) dalam sesuatu hospital persendirian, klinik persendirian atau institusi persendirian yang lain bagi menjaga, merawat atau memulihkan pesakit; atau
(c) oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar,
melainkan jika orang itu didaftarkan di bawah Akta ini.
(2) Subsekyen (1) tidak terpakai—
(a) bagi orang yang menjalani latihan bagi maksud Akta ini dalam mana-mana institusi yang dinyatakan dalam perenggan (a) subsekyen itu sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga atau dalam sesuatu pusat latihan; dan
(b) bagi orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 [Akta 435] setakat mana orang itu akan diambil kerja atau sedang bekerja dalam hospital estet mengikut pengertian Akta itu.
(3) Seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan jika dia menjadi berhak untuk didaftarkan di bawah Akta ini dan juga terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta itu.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 180 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).