Statutory and Local Authorities Superannuation Fund Act 1977 s 16
Sections 3–10 were repealed by later amendments.
s 16 Reckonable past service
(1) An employee who is pensionable shall be eligible to have his past service in the Government, any State Government or any statutory or local authority reckoned as service for pension purposes provided that the following periods may not be taken into account except with the approval of the pensions authority—
(a) any past service broken as a result of voluntary resignation; and
(b) any past service in the Government, any State Government or any statutory or local authority which has been superannuated.
(2) For the purpose of subsection (1), the following periods shall not be reckoned for pension purposes—
(a) any period of leave without pay and periods of training for which only allowances were paid; and
(b) any period of past service broken as a result of termination of service on disciplinary grounds or dismissal.
(3) In the case of an employee appointed to another statutory or local authority under the new scheme, his past service prior to the date of appointment shall not be taken into account unless a written approval for his release from his former employer had first been sought and obtained.
Malay text (authoritative)
Perkhidmatan yang lepas yang boleh dimasuk kira
(1) Seseorang pekerja yang berpencen adalah layak untuk mendapatkan perkhidmatannya yang lepas dengan Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan dimasuk kira sebagai perkhidmatan bagi maksud pencen dengan syarat bahawa tempoh yang berikut tidak boleh diambil kira kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa pencen—
(a) apa-apa perkhidmatan yang lepas yang terputus oleh sebab berhenti kerja secara sukarela; dan
(b) apa-apa perkhidmatan yang lepas dengan Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang daripada dia telah dipersarakan.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), tempoh yang berikut tidak boleh dimasuk kira bagi maksud persaraan—
(a) apa-apa tempoh cuti tanpa gaji dan tempoh latihan yang baginya hanya elaun sahaja dibayar; dan
(b) apa-apa tempoh perkhidmatan yang lepas yang terputus oleh sebab penamatan perkhidmatan atas alasan tatatertib atau dibuang kerja.
(3) Dalam hal seseorang pekerja yang dilantik bekerja dengan suatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan lain di bawah skim baru, perkhidmatannya yang lepas sebelum tarikh pelantikannya itu tidak boleh diambil kira melainkan jika suatu kelulusan bertulis bagi pelepasannya daripada pekerjaan dengan majikannya yang dahulu telah terlebih dahulu diminta dan didapati.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 185 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).