My bookmarksSign up free
← Statutory and Local Authorities Superannuation Fund Act 1977

Statutory and Local Authorities Superannuation Fund Act 1977 s 22

Statutory and Local Authorities Superannuation Fund Act 1977 s 22

Sections 3–10 were repealed by later amendments.

s 22 Pension, etc., to cease on bankruptcy

(1) No pension, gratuity or other award which would under this Part be granted to an employee shall be so granted if, at the date of his retirement from the service, such employee has been adjudged a bankrupt or declared insolvent by judgement of a court and the employee has not obtained his discharge from such adjudication or declaration. (2) If any employee to whom a pension or other award has been granted under this Part is adjudicated a bankrupt or is declared insolvent by judgement of a court then such pension or award shall forthwith cease. (3) In any case where, by reason of bankruptcy or insolvency of the employee, a pension, gratuity or other award is not granted or where a pension or other award ceases by reason of the bankruptcy or insolvency of the pensioner, it shall be lawful for the Minister from time to time, during the remainder of that person’s life, or during such shorter period or periods either continuous or otherwise as he shall think fit, to cause all or any part of the moneys to which such person would have been entitled by way of pension, gratuity or other award had he not become a bankrupt or insolvent, to be paid to, or applied for the maintenance and personal support or benefit of, all or any, to the exclusion of the other or others, of the following persons, namely, such pensioner himself and any wife, child or children of his in such proportions and manner as the Minister thinks proper, and such moneys shall be paid or applied accordingly and moneys applied for the discharge of debts of the employee or pensioner shall, for the purposes of this subsection, be regarded as applied for his benefit. (4) When a person to whom a pension or other award has not been granted or whose pension or other award has ceased under this section, obtains a full and proper discharge from his bankruptcy or insolvency, his pension or other award shall be restored to him with effect from the date of such discharge.

Malay text (authoritative)

Pencen, dll., terhenti apabila bankrap

(1) Tiada pencen, ganjaran atau award lain yang boleh diberikan di bawah Bahagian ini kepada seseorang pekerja boleh diberikan sedemikian jika, pada tarikh dia bersara daripada perkhidmatan, pekerja itu dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan menurut penghakiman sesuatu mahkamah dan pekerja itu belum mendapat pelepasan daripada penghakiman atau perisytiharan itu. (2) Jika mana-mana pekerja yang telah diberi pencen atau award lain di bawah Bahagian ini dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan menurut penghakiman sesuatu mahkamah, pencen atau award itu hendaklah terhenti dengan serta-merta. (3) Dalam apa-apa hal jika pencen, ganjaran atau award lain tidak diberikan kepada seseorang pekerja oleh sebab dia dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan atau jika pencen atau award lain terhenti oleh sebab pesara itu dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan, adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri dari semasa ke semasa, dalam masa orang itu masih hidup, atau dalam tempoh atau tempohtempoh yang lebih singkat sama ada berterusan atau sebaliknya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, menyebabkan semua atau mana-mana bahagian wang yang orang itu berhak mendapatnya sebagai pencen, ganjaran atau award lain sekiranya dia tidak dihukum bankrap atau tidak diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan, supaya dibayar kepada atau digunakan untuk nafkah dan bantuan atau faedah diri, semua atau mana-mana, dengan tidak termasuk orang atau orang lain, daripada orang yang berikut, iaitu, persara itu sendiri dan mana-mana isterinya, anak atau anak-anaknya, mengikut apa-apa kadar dan cara sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Menteri, dan wang itu hendaklah dibayar atau digunakan dengan sewajarnya dan wang yang digunakan bagi menjelaskan hutang pekerja atau persara itu hendaklah, bagi maksud subseksyen ini, disifatkan sebagai digunakan bagi faedahnya. (4) Jika seseorang yang telah tidak diberi pencen atau award lain atau yang pencen atau award lainnya telah terhenti di bawah seksyen ini, mendapat pelepasan penuh dan wajar daripada kebankrapan atau tidak berkemampuannya, pencen atau award lain hendaklah diberikan semula kepadanya mulai dari tarikh pelepasan itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 185 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next