Statutory and Local Authorities Superannuation Fund Act 1977 s 25
Sections 3–10 were repealed by later amendments.
s 25 Derivative pension or gratuity where an employee dies in service or after retirement
(1) Where an employee dies in service and would have become eligible to be granted a pension or gratuity had he retired at the date of his death in the circumstances described in paragraph 12(c), the Minister may grant to such of his dependants as the Minister may think fit, a derivative pension or gratuity appropriate to his case, or if there are no dependants, to his legal personal representatives, a derivative gratuity; and where a derivative pension is granted, such a derivative pension may be paid for a period not exceeding twelve and a half years with effect from the date immediately following the date of the death of the employee.
(2) Where an employee who has retired on pension from the service dies within the period of twelve and a half years of his date of retirement, the Minister may grant to his widow or his widow and minor children or his minor children a derivative pension of the same amount as the pension which was paid or payable to the pensioner on account of his retirement, for a period not exceeding the difference between the period of twelve and a half years and the period during which the pension was paid or payable to the pensioner.
(3) Where a derivative pension is granted under this section to any dependant in respect of the death of an employee the pension so granted shall take into account the compensation awarded under any written law relating to workmen’s compensation or other social security benefits for the time being in force.
(4) Where a dependant who is not entitled to such workmen’s compensation or social security benefits is eligible to choose to receive either a derivative pension under this section or a pension or allowance under any written law for the time being in force,
the grant of a derivative pension under this section by the Minister shall only be determined if the dependant elects to forgo the payment of a pension or allowance under such written law for the time being in force.
(5) A widow in respect of whom a derivative pension is granted under this section shall cease to be eligible for such a pension upon her re-marriage.
(6) A minor child in respect of whom a derivative pension is granted under this section shall cease to be eligible for such a pension upon such child attaining the age of eighteen years or upon marriage below that age.
Malay text (authoritative)
Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pekerja mati dalam perkhidmatan atau selepas bersara
(1) Jika seseorang pekerja mati dalam perkhidmatan dan dia sepatutnya layak untuk diberi pencen atau ganjaran jika sekiranya dia bersara pada tarikh dia mati dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam perenggan 12(c), Menteri boleh memberi kepada manamana orang tanggungannya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, pencen atau ganjaran terbitan yang sesuai dengan kesnya, atau jika sekiranya tidak ada orang tanggungannya, memberi wakil dirinya di sisi undang-undang, suatu ganjaran terbitan; dan jika pencen terbitan diberikan, pencen terbitan itu boleh dibayar selama tempoh tidak melebihi dua belas tahun setengah mulai dari tarikh yang berikutnya sebaik selepas tarikh pekerja itu mati.
(2) Jika seseorang pekerja yang telah bersara dengan pencen daripada perkhidmatan mati dalam tempoh dua belas tahun setengah dari tarikh persaraannya, Menteri boleh memberi balunya atau balu dan anaknya yang belum dewasa atau anaknya yang belum dewasa pencen terbitan yang amaunnya sama banyak dengan pencen yang telah dibayar atau yang kena dibayar kepada persara itu kerana persaraannya, selama tempoh tidak lebih daripada perbezaan di antara tempoh dua belas tahun setengah dengan tempoh pencen telah dibayar atau kena dibayar kepada persara itu.
(3) Jika pencen terbitan diberikan di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang tanggungan berkenaan dengan kematian seseorang pekerja pencen yang diberikan sedemikian hendaklah mengambil kira pampasan yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan pampasan pekerja atau faedah keselamatan sosial lain.
(4) Jika seseorang orang tanggungan yang tidak berhak mendapat pampasan pekerja atau faedah keselamatan sosial itu adalah layak untuk memilih sama ada menerima pencen terbitan di bawah seksyen ini atau menerima pencen atau elaun di bawah mana-mana undangundang bertulis yang sedang berkuat kuasa, pemberian pencen terbitan di bawah seksyen ini oleh Menteri hendaklah hanya ditentukan jika orang tanggungan itu memilih untuk melepaskan
pembayaran pencen atau elaun di bawah undang-undang bertulis sedemikian yang berkuat kuasa.
(5) Seseorang balu yang berkenaan dengannya pencen terbitan diberikan di bawah seksyen ini tidak lagi layak untuk menerima pencen itu apabila ia berkahwin semula.
(6) Seseorang anak yang belum dewasa yang berkenaan dengannya pencen terbitan diberikan di bawah seksyen ini tidak lagi layak menerima pencen itu apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun atau apabila ia berkahwin di bawah umur lapan belas tahun.
B AHAGIAN V AM
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 185 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).