Statutory and Local Authorities Superannuation Fund Act 1977 s 30
Sections 3–10 were repealed by later amendments.
s 30 Winding up of fund of pension scheme
(1) The fund of a pension scheme of a statutory or local authority shall be wound up on such date as the Minister of Finance may by notification in the Gazette appoint in each particular case, and on the winding up of the fund all assets shall be transferred to, and liabilities charged on, the Consolidated Fund.
(2) Notwithstanding any written law to the contrary, upon the winding up of the fund of a pension scheme of a statutory or local authority, the pensions authority shall exercise the powers and perform the duties of the appropriate authority of the pension scheme.
(3) Nothing in this Act shall diminish the amount of a pension, gratuity or other benefit to which an employee would have been eligible if not for this Act.
Malay text (authoritative)
Penggulungan kumpulan wang skim pencen
(1) Kumpulan wang sesuatu skim pencen sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan hendaklah digulung pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan melalui pemberitahu dalam Warta bagi tiap-tiap hal tertentu, dan setelah digulung kumpulan wang itu, semua aset hendaklah dipindahkan, dan semua tanggungan dipertanggungkan, kepada Kumpulan Wang Disatukan.
(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, setelah digulung kumpulan wang sesuatu skim pencen sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pihak berkuasa pencen hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas pihak berkuasa yang berkenaan bagi skim pencen itu.
(3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyusutkan amaun pencen, ganjaran atau faedah lain yang seseorang pekerja layak mendapatnya jika tidak kerana Akta ini.
Penggulungan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta 30 A . Berikutan dengan pemotongan Bahagian III, tindakan hendaklah diambil untuk memulakan penggulungan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta ini dan semua aset hendaklah dipindahkan, dan tanggungan dipertanggungkan, pada Kumpulan Wang Disatukan.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 185 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).