My bookmarksSign up free
← Public Service Tribunal Act 1977

Public Service Tribunal Act 1977 s 20

Public Service Tribunal Act 1977 s 20

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 20

(1) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah 1 Hukuman Akta ini, sama ada atau tidak seseorang telah disabitkan bagi pemeberkenaan dengannya, dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bag pihak sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan pegawai-pegawai awam yang bukan suatu kesatuan sekerja, tiap-tiap pemegang jawatan kesatuan sekerja atau persatuan yang mengurus atau membantu dalam mengurus kesatuan sekerja atau persatuan itu pada masa kesalahan itu dilakukan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan dalam seksyen-kecil (3); melainkan jika ia menunjukkan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa ia telan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mencegah kesalahan itu daripada dilakukan. (2) Mana-mana pemegang jawatan sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan pegawai-pegawai awam yang bukan suatu kesatuan sekerja yang mengurus atau membantu dalam mengurus mana-mana kesatuan sekerja atau mana-mana persatuan yang disebutkan dalam seksyenkecil (1) boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun ia mungkin telah tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu. (3) Mana-mana pemegang jawatan sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan pegawai-pegawai awam yang bukan suatu kesatuan sekerja yang mengurus atau membantu dalam mengurus mana-mana kesatuan sekerja atau mana-mana persatuan yang disebutkan dalam seksyen-kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda sebanyak lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tıdak lebih daripada dua tahun atau denda dan penjara itu keduaduanya.

Read this section in the full act →

Find Act 186 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next