My bookmarksSign up free
← Public Service Tribunal Act 1977

Public Service Tribunal Act 1977 s 5

Public Service Tribunal Act 1977 s 5

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 5

(1) In the performance of its functions the Chairman and Performanco two other members selected by the Chairman from the panel shall constitute the Tribunal. <-AA822 [S..5-6] Powcrs of the Tribunial. - Act 186 (2) The decision of the Tribunal shall be in accordance with the opinion of the majority.

Malay text (authoritative)

(1) Dalam perlaksanaan tugas-tugasnya, Pengerusi dan dua orang ahli lain yang dipilih oleh Pengerusi dari penal itu adalah menjadi Tribunal. (2) Keputusan Tribunal hendaklah mengikut pendapat bilangannya yang terbanyak. Kuasa-kuasa 6. (1) Tribunal adalah mempunyai kuasa-kuasa yang ber- Tribunal. ikut: (a) untuk mendapat dan menerima apa-apa jua keterangan, bertulis atau lisan, dan memerıksa sesiapa jua sebagai saksi, yang difikirkan perlu atau patut oleh Irıbunal untuk didapati atau diperiksa; (b) untuk menghendaki keterangan (sama ada bertulis atau lisan) seseorang saksi supaya dibuat dengan mengangkat sumpah atau berikrar (sumpah atau ikrar itu hendakląn sumpah atau ikrar yang boleh dikehendakı dari saksi itu seolah-olah ia memberi keterangan dalam Mahkamah Tinggi) atau dengan akuan berkanun; (c) tertakluk kepada seksyen-kecil (2) untuk menyaman mana-mana orang supaya menghadiri mesyuarat Tribunal untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya dan untuk memeriksa orang itu sebagai seorang saksi atau menghendaki orang itu mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya; (d) untuk mendengar dan memutuskan pertikaian berkenaan dengan anomali yang dirujukkan kepadanya walaupun mana-mana pihak tidak mengemukakan apa-apa pernyataan bertulis yang dikehendaki oleł Iribunal dalam tempoh yang ditetapkan Pengerusi atau walaupun tidak hadir mana-mana pihak kepada pertikaian itu yang telah disampaikan saman atau notis supaya hadir; [S. 6-9] (e) untuk mengeluarkan suatu waran tangkap untuk memaksa kehadiran seseorang yang tidak hadir selepas dısaman supaya hadir, dan tidak memberi apa-apa sebab yang memuaskan hati Tribunal (f) walau apapun peruntukan mana-mana undangundang bertulis berhubung dengan keterangan, untuk menerıma apa-apa keterangan, , sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam pembicaraan sivil atau jenayah; (g) untuk menjalankan pembicaraannya atau apa-apa bahagiannya secara tertutup; (h) tertakluk kepada apa-apa arahan Pengerusi— (i) untuk membenarkan masuk atau menyingkir orangramai dari pembicaraannya atau apa-apa bahagiannya; (ii) untuk membenarkan masuk atau menyingkir akhbar dari pembicaraannya atau apa-apa bahagiannya. (2) Tiada seseorang pegawai awam bertanggungan mengemukakan apa-apa dokumen dalam pembicaraan di hadapan Tribunal, yang pada pendapat Kerajaan tidaklah kepentingan awam untuk dikemukakan; keputusan Kerajaan itu mengenai perkara ini tidak boleh dipersoalkan semula" oleh Tríbunal atau mana-mana mahkamah atau mana-mana pihakberkuasa.

Read this section in the full act →

Find Act 186 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next