My bookmarksSign up free
← Treasury Bills (Local) Act 1946

Treasury Bills (Local) Act 1946 s 13

Treasury Bills (Local) Act 1946 s 13

s 13 Contravention of Act, penalty therefor and criminal liability of institutions, directors, etc.

(1) Any participating investing institution whether acting in its capacity as a primary investing institution or a depository institution or otherwise which, or any other person who, contravenes any provision of this Act shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding— (a) ten million ringgit; or (b) where an amount of money is the subject matter of the offence, ten times such amount, whichever is the greater, or to imprisonment for a term not exceeding fifteen years, or to both such fine and imprisonment: Provided that where the person found guilty of such offence is a body corporate, the abovementioned punishment of imprisonment shall not apply to it. (2) Where any offence against any provision of this Act has been committed by any institution mentioned in subsection (1), any person who at the time of the commission of the offence was a director, officer, or controller of the institution or was purporting to act in any such capacity, or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of such institution, or was assisting in such management, shall be guilty of that offence unless he proves that the offence was committed without his consent or connivance and that he exercised all such diligence to prevent the commission of the offence as he ought to have exercised, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all the circumstances. (3) Where any person (hereinafter in this subsection referred to as the “principal”) would be liable under this Act to any punishment or penalty for any act, omission, neglect or default, he shall be liable to the same punishment or penalty for every such act, omission, neglect or default of any clerk, servant or agent of his, or of the clerk or servant of such agent: Provided that such act, omission, neglect or default was committed by the principal’s clerk or servant in the course of his employment, or by the agent when acting on behalf of the principal, or by the clerk or servant of such agent in the course of his employment by such agent or otherwise on behalf of the agent. (4) Without prejudice to subsection (2), where an institution referred to in subsection (1) is a financial institution under paragraph (b) or (c) of the definition of “financial institutions” under section 1A, it shall not be liable to be prosecuted for any offence committed by it under subsection (1), or be liable under subsection (3). (5) Nothing in this Act contained shall be deemed to prevent the prosecution, conviction and punishment of any person according to the provisions of any other written law; but so that no person shall be punished more than once for the same offence. (6) For the purposes of this section, “director”, “officer” and “controller” shall have the meaning respectively assigned thereto under subsection 2(1) of the Banking and Financial Institutions Act 1989.

Malay text (authoritative)

Pelanggaran Akta, penalti baginya dan liabiliti jenayah institusi, pengarah, dsb.

(1) Mana-mana institusi pelaburan peserta yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit atau selainnya, atau mana-mana orang lain, yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi — (a) sepuluh juta ringgit; atau (b) jika jumlah wang menjadi hal perkara kesalahan itu, sepuluh kali ganda jumlah tersebut, mengikut mana-mana yang lebih besar, atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima belas tahun, atau kedua-dua denda dan penjara: Dengan syarat bahawa jika orang yang didapati melakukan kesalahan itu adalah suatu pertubuhan diperbadankan, hukuman penjara yang tersebut di atas tidaklah terpakai baginya. (2) Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi yang disebut dalam subseksyen (1), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau telah dengan apa-apa jua cara atau setakat apa-apa jua bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal-ehwal institusi tersebut, atau telah membantu dalam pengurusan tersebut, adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, memandang kepada jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan. (3) Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut “prinsipal” dalam subseksyen ini) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh manamana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu: Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam penggajiannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu. (4) Tanpa menjejaskan subseksyen (2), jika sesuatu institusi yang disebut dalam subseksyen (1) atau sesuatu institusi kewangan di bawah perenggan (b) atau (c) dalam takrif “institusi kewangan” di bawah seksyen 1A, ia tidaklah boleh didakwa bagi apa-apa kesalahan yang dilakukannya di bawah subseksyen (1), atau dikenakan hukuman atau penalti di bawah subseksyen (3). (5) Tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam Akta ini boleh dianggap sebagai menghalang pendakwaan, pensabitan dan penghukuman mana-mana orang mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain; tetapi dengan sedemikian supaya tiada orang boleh dihukum lebih daripada sekali bagi kesalahan yang sama. (6) Bagi maksud seksyen ini, “pengarah”, “pegawai” dan “pengawal” hendaklah masing-masing mempunyai erti sebagaimana yang diberikan di bawah subseksyen 2(1) Akta Bank dan Institusi- Institusi Kewangan 1989.

Read this section in the full act →

Find Act 188 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next