My bookmarksSign up free
← Treasury Bills (Local) Act 1946

Treasury Bills (Local) Act 1946 s 8

Treasury Bills (Local) Act 1946 s 8

s 8 Depository institutions

(1) The Bank may authorize in writing any participating investing institution to be a depository institution. (2) Any person, other than a participating investing institution, desiring either to make a transfer or take a transfer of a Treasury Bill shall do so only through a depository institution. (3) A depository institution shall maintain with the Bank, in addition to the account maintained by it under subsection 7(4) a separate single account in respect of all transfers effected through it under subsection (2). (4) The Bank shall repay to a depository institution the principal moneys represented by each Treasury Bill standing in the depository institution’s account under subsection (3) on the date the Treasury Bill falls due, by such means and in such manner as may be determined by the Bank. (5) A depository institution shall maintain a customer’s account in respect of every transferor and transferee who is a party to any transfer effected through the depository institution under subsection (2), except where a customer’s account in respect of a transferee is maintained by another depository institution, in which case the first mentioned depository institution shall have the Treasury Bill transferred into the transferee’s account with the second mentioned depository institution. (6) Where a transfer of a Treasury Bill is made by any person under subsection (2), the following procedure shall be complied with by the respective depository institutions: (a) the depository institution by which the transfer is made shall forthwith issue— (i) to the transferor a statutory acknowledgement receipt in the form in Schedule A in respect of the transfer; and (ii) to the transferee a statutory acknowledgement receipt in the form in Schedule A in respect of the transfer, if such depository institution maintains a customer’s account in respect of the transferee’s Treasury Bills; and (b) if another depository institution maintains a customer’s account in respect of the transferee’s Treasury Bills, the depository institution mentioned in paragraph (a) shall forthwith notify such other depository institution of the transfer and such other depository institution shall forthwith issue to the transferee a statutory acknowledgement receipt in the form in Schedule A in respect of the transfer. (7) A statutory acknowledgement receipt shall not be capable of being negotiated or dealt with in any manner whatsoever, and shall be used solely between the depository institution which issued it and the Treasury Bill customer to whom it was issued as evidence of the transfer of a Treasury Bill under subsection (2) to which it relates. (8) Where the amount in the account maintained by a depository institution with the Bank under subsection (3) is affected by a transfer effected through it under subsection (2), the depository institution shall communicate forthwith to the Bank information of any change in such amount caused by the transfer.

Malay text (authoritative)

Institusi pendeposit

(1) Bank boleh membenarkan secara bertulis mana-mana institusi pelaburan peserta untuk menjadi institusi pendeposit. (2) Mana-mana orang, selain daripada institusi pelaburan peserta, yang berhasrat sama ada untuk membuat pemindahan atau mengambil pemindahan Bil Perbendaharaan hendaklah melakukan sedemikian hanya melalui institusi pendeposit. (3) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara dengan Bank, sebagai tambahan kepada akaun yang disenggarakannya di bawah subseksyen 7(4), suatu akaun tunggal berasingan berkenaan dengan semua pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2). (4) Bank hendaklah membayar balik kepada sesuatu institusi pendeposit wang pokok yang dinyatakan dalam setiap Bil Perbendaharaan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (3) pada tarikh Bil Perbendaharaan tersebut genap masanya untuk dibayar dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. (5) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan tiap-tiap pemindah dan penerima pindahan yang menjadi pihak dalam mana-mana pemindahan yang Bil Perbendaharaan (Tempatan) dilaksanakan melalui institusi pendeposit di bawah subseksyen (2), kecuali jika akaun pelanggan berkenaan dengan seseorang penerima pindahan disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit lain, dan dalam hal yang demikian institusi pendeposit yang mula-mula disebutkan itu hendaklah menyebabkan Bil Perbendaharaan tersebut dipindahkan ke dalam akaun penerima pindahan dengan institusi pendeposit yang kedua disebutkan itu. (6) Jika pemindahan sesuatu Bil Perbendaharaan dibuat oleh manamana orang di bawah subseksyen (2), prosedur berikut hendaklah dipatuhi oleh institusi-institusi pendeposit itu masing-masing: (a) institusi pendeposit yang melaluinya pemindahan itu dibuat hendaklah segera mengeluarkan— (i) kepada pemindah suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam Jadual A berkenaan dengan pemindahan itu; dan (ii) kepada penerima pindahan suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam Jadual A berkenaan dengan pemindahan itu, jika institusi pendeposit itu menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan Bil-Bil Perbendaharaan penerima pindahan; dan (b) jika suatu institusi pendeposit lain menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan Bil-Bil Perbendaharaan penerima pindahan, institusi pendeposit yang disebut dalam perenggan (a) hendaklah segera memberitahu institusi pendeposit yang lain itu tentang pemindahan itu dan institusi pendeposit yang lain itu hendaklah segera mengeluarkan kepada penerima pindahan suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam Jadual A berkenaan dengan pemindahan itu. (7) Sesuatu resit pengakuterimaan statutori tidaklah boleh diniagakan atau diuruskan dengan apa-apa jua cara sekalipun, dan hendaklah digunakan semata-matanya antara institusi pendeposit yang mengeluarkannya dan pelanggan Bil Perbendaharaan yang kepadanya ia dikeluarkan sebagai keterangan tentang pemindahan Bil Perbendaharaan di bawah subseksyen (2) yang dimaksudkan dengannya itu. (8) Jika amaun dalam akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit dengan Bank di bawah subseksyen (3) adalah terjejas disebabkan oleh pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2), institusi pendeposit itu hendaklah memaklumkan segera kepada Bank maklumat tentang apa-apa perubahan dalam amaun yang disebabkan oleh pemindahan tersebut.

Read this section in the full act →

Find Act 188 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next