Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Act 1979 s 10
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Act 1979 s 10
s 10 Appointment of the Director General
(1) There shall be a Director General of the Perbadanan who shall be appointed by the Minister on such terms and conditions as may be determined by the Minister.
(2) The Director General shall be the chief executive officer of the Perbadanan and shall perform such duties and exercise such powers as may be determined or delegated to him by the Perbadanan.
(3) The person who was the Director of the Perbadanan immediately before the commencement of this Act shall, upon such commencement, cease to be the Director; but such person shall, subject to any subsisting contract of service or employment between him and the Perbadanan, continue to be an employee of the Perbadanan on terms and conditions of service or employment no less favourable than those applicable to him immediately before such commencement, and may be appointed as Director General under subsection (1).
(4) If during any period the Director General is for any reason unable to exercise the powers and perform the duties of his office, the Minister may appoint any other person to act as Director General.
Malay text (authoritative)
Pelantikan Ketua Pengarah
(1) Hendaklah ada seorang Ketua Pengarah Perbadanan yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas had dan syarat sebagaimana ditetapkan oleh Menteri.
(2) Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan dan hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa yang ditetapkan atau diwakilkan kepadanya oleh Perbadanan.
(3) Orang yang menjadi Pengarah Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini, terhenti daripada menjadi Pengarah; tetapi orang itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa kontrak perkhidmatan atau pekerjaan yang masih berkuat kuasa antaranya dengan Perbadanan, terus menjadi seorang pekerja Perbadanan atas had dan syarat perkhidmatan atau pekerjaan yang tidak kurang baiknya daripada yang dipakai baginya sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini, dan boleh dilantik sebagai Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1).
(4) Jika dalam apa-apa tempoh Ketua Pengarah tidak dapat, atas sesuatu sebab, menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas jawatannya, Menteri boleh melantik mana-mana orang lain untuk memangku jawatan Ketua Pengarah.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).