Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Act 1979 s 15
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Act 1979 s 15
s 15 The Fund
(1) For the purposes of this Act, there shall be established a Fund to be administered and controlled by the Perbadanan.
(2) The Fund shall consist of—
(a) moneys belonging to the Perbadanan immediately before the commencement of this Act;
(b) moneys provided from time to time for the purposes of the Fund by Parliament;
(c) moneys earned from the operation of any project, scheme, or enterprise financed from the Fund;
(d) moneys earned or arising from any property, investment, mortgage, charge, or debenture acquired by or vested in the Perbadanan;
(e) all property, investments, mortgages, charges, and debentures acquired by or vested in the Perbadanan;
(f) moneys borrowed by the Perbadanan under section 16; and
(g) all other moneys and property which may in any manner become payable to or vested in the Perbadanan in respect of any matter incidental to its duties and powers.
(3) The Fund may be expended for the purposes of—
(a) paying the expenses properly incurred by the Perbadanan in carrying out its functions under this Act, including the remuneration, superannuation allowances, pensions, and gratuities of the officers and servants of the Perbadanan; and
(b) making loans to or providing capital for—
(i) any subsidiary corporation established or to be established under section 9; or
(ii) any company established or taken over by the Perbadanan under section 9.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang
(1) Bagi maksud Akta ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang yang akan ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada–
(a) wang yang dimiliki oleh Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini;
(b) wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Kumpulan Wang oleh Parlimen;
(c) wang yang didapati dari pengendalian apa-apa projek, skim, atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(d) wang yang didapati atau yang timbul dari apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
(e) semua harta, pelaburan, gadai janji, gadaian dan dibentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
(f) wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 16; dan
(g) semua wang dan harta lain yang dengan apa cara juapun kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan mengenai apa-apa perkara bersampingan dengan tugas dan kuasanya.
(3) Kumpulan Wang bolehlah dibelanjakan bagi maksud–
(a) membayar perbelanjaan yang dilakukan dengan sewajarnya oleh Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, termasuk saraan, elaun persaraan, pencen dan ganjaran bagi pegawai dan pekhidmat Perbadanan; dan
(b) memberi pinjaman atau modal bagi–
(i) mana-mana anak perbadanan yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan di bawah seksyen 9; atau
(ii) mana-mana syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih oleh Perbadanan di bawah seksyen 9.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).