My bookmarksSign up free
← Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Act 1979

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Act 1979 s 23

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Act 1979 s 23

s 23 Revocation and suspension of licences

(1) A licence granted under section 21 to any person shall be revoked in the following circumstances, that is to say: (a) where the person is a natural person, on his death; (b) where the person is a corporation, society, or any other body of persons, on the dissolution or winding up, whether voluntary or compulsory, of the corporation, society, or body, or in the event of a take over, merger, or amalgamation of the corporation, society, or body by or with any other corporation, society, or body; (c) where the person is a partnership, on the dissolution of the partnership; (d) on the person ceasing to produce the handicraft product to which the licence relates; (e) on transfer of ownership of the person’s business of producing handicraft products. (2) If it appears to the Perbadanan that any person licensed under section 21 has contravened or failed to comply with any provision of this Act or of regulations made thereunder or any term or condition of his licence, the Perbadanan may call upon the person to show cause why his licence should not be suspended or revoked, and if the person fails to appear to show cause or if the Perbadanan is not satisfied with his explanation, the Perbadanan may suspend or revoke his licence. (3) A person called upon to show cause under subsection (2) shall be supplied by the Perbadanan with particulars in writing of the contravention or non-compliance alleged against him, and he may appear in person or be represented by any person authorized by him in writing. (4) A person aggrieved by any decision of the Perbadanan under subsection (2) may, within one month of the receipt by him of the decision, appeal to the Minister whose decision shall be final. (5) A decision of the Perbadanan under subsection (2) shall be of immediate effect not withstanding any appeal under subsection (4). (6) A person whose licence has been revoked or suspended under this section shall, within seven days of being informed of the revocation or suspension, surrender his licence to the Perbadanan.

Malay text (authoritative)

Pembatalan dan penggantungan lesen

(1) Sesuatu lesen yang diberi di bawah seksyen 21 kepada mana-mana orang hendaklah dibatalkan dalam hal keadaan berikut, iaitu– (a) jika orang itu adalah seorang orang perseorangan, apabila ia mati; (b) jika orang itu adalah suatu perbadanan, pertubuhan, atau apa-apa kumpulan orang yang lain, apabila perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan itu dibubar atau digulung sama ada secara sukarela atau paksa, atau apabila berlaku pengambilalihan, percantuman, atau penyatuan perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan itu oleh atau dengan mana-mana perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan lain; (c) jika orang itu adalah suatu perkongsian, apabila perkongsian itu dibubarkan; (d) apabila orang itu tidak lagi mengeluarkan keluaran kraftangan yang berhubung dengan lesen itu; (e) apabila dipindah milik pemunyaan urusan pengeluaran kraftangan orang itu. (2) Jika Perbadanan berpendapat bahawa seseorang yang dilesen di bawah seksyen 21 telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau apa-apa had atau syarat lesennya, Perbadanan boleh meminta orang itu menunjukkan sebab kenapa lesennya tidak patut digantung atau dibatalkan, dan jika orang itu tidak hadir untuk menunjukkan sebab atau jika Perbadanan tidak puas hati dengan penjelasannya, Perbadanan boleh menggantung atau membatalkan lesennya. (3) Seseorang yang diminta menunjukkan sebab di bawah subseksyen (2) hendaklah diberi oleh Perbadanan butir-butir secara bertulis mengenai pelanggaran atau ketidakpatuhan yang dikatakan terhadapnya, dan dia boleh hadir sendiri atau diwakili oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis. (4) Seseorang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Perbadanan di bawah subseksyen (2) boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu diterima olehnya, merayu kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad. (5) Sesuatu keputusan Perbadanan di bawah subseksyen (2) berjalan kuat kuasanya dengan serta-merta walaupun ada apa-apa rayuan dibuat di bawah subseksyen (4). (6) Seseorang yang lesennya telah dibatalkan atau digantung di bawah seksyen ini hendaklah, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh dia diberitahu mengenai pembatalan atau penggantungan itu, menyerah balik lesennya kepada Perbadanan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 222 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next