Schedule SCHEDULESupplementary
[Subsection 9(2)]
PROVISIONS APPLICABLE TO SUBSIDIARY CORPORATIONS
Duty of the Perbadanan to make regulations in respect of a subsidiary corporation
1. The Perbadanan shall, on or before the date on which a subsidiary corporation is established, make regulations in respect of the subsidiary corporation defining—
(a) the purposes and objects for which the subsidiary corporation is established;
(b) the rights, powers, duties, and functions of the subsidiary corporation;
(c) the system of management of the subsidiary corporation; and
(d) the relationship between the subsidiary corporation and the Perbadanan and the right of control of the Perbadanan over the subsidiary corporation.
Scope of a subsidiary corporation
2. Nothing in this Act shall be construed as authorizing the Perbadanan to establish any subsidiary corporation for any purpose or object more extensive in scope than the purposes or objects for which the Perbadanan was established or as conferring on any subsidiary corporation any right, duty, power, or function which is not within the rights, duties, powers, or functions of the Perbadanan under this Act.
Binding effect of regulations
3. Subject to the provisions of this Act and of any regulations made under section 36, regulations made under paragraph 1 shall be binding on the subsidiary corporation in respect of which they were made and shall have effect for all purposes as if they had been enacted in this Act.
Register of subsidiary corporations
4. The Perbadanan shall keep a register in the prescribed form of all subsidiary corporations and the register, together with copies of all regulations made under paragraph 1, shall be open to public inspection at such place or places and at such times as the Perbadanan may determine.
Winding-up
5. (1) The Perbadanan may by order published in the Gazette direct that any subsidiary corporation be wound up and dissolved.
(2) Upon the dissolution of a subsidiary corporation under this paragraph, the assets of the subsidiary corporation after payment of all liabilities shall be transferred to and vested in the Perbadanan.
(3) The winding-up of a subsidiary corporation under this paragraph shall be conducted in such manner as may be prescribed.
Legal character of a subsidiary corporation
6. Every subsidiary corporation shall be a body corporate by such name as the Perbadanan shall give and shall have perpetual succession and a common seal and may sue and be sued in such name and, for the purpose of carrying into effect the purposes and objects for which it was established, may enter into contracts and hold and deal in or with any movable or immovable property and do all other matters and things incidental or appertaining to a body corporate not inconsistent with the provisions of this Act and subject to such restrictions or limitations as may be prescribed by the Perbadanan.
Common seal of a subsidiary corporation
7. (1) Every subsidiary corporation shall have a common seal, which shall bear such device as the subsidiary corporation, with the approval of the Perbadanan, may approve, and the seal may from time to time be broken, changed, altered, and made anew by the subsidiary corporation with the approval of the Perbadanan.
(2) Until a seal is provided by a subsidiary corporation under this paragraph, a stamp bearing the name of the subsidiary corporation encircling the letters “PKKM” may be used as the common seal of the subsidiary corporation.
(3) The common seal, or the stamp used as the common seal, shall be kept in the custody of, and shall be authenticated by, such person as the subsidiary corporation may direct.
(4) All deeds, documents, and other instruments purporting to be sealed with the common seal of the subsidiary corporation and authenticated by the person in whose custody the common seal is kept shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed.
LAWS OF MALAYSIA
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA ACT 1979
Malay text (authoritative)
JADUAL
[Subseksyen 9(2)]
PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI ANAK PERBADANAN
Tugas Perbadanan membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan anak perbadanan
1. Perbadanan hendaklah, pada atau sebelum tarikh sesuatu anak perbadanan ditubuhkan, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan anak perbadanan itu bagi menentukan—
(a) maksud dan tujuan anak perbadanan itu ditubuhkan;
(b) hak, kuasa, tugas, dan fungsi anak perbadanan itu;
(c) sistem pengurusan anak perbadanan itu; dan
(d) perhubungan antara anak perbadanan itu dengan Perbadanan dan hak kawalan Perbadanan ke atas anak perbadanan itu.
Bidang sesuatu anak perbadanan
2. Tiada apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan Perbadanan menubuhkan apa-apa anak perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas bidangnya daripada maksud atau tujuan Perbadanan ditubuhkan atau sebagai memberi kepada mana-mana anak perbadanan apa-apa hak, tugas, kuasa, atau fungsi Perbadanan di bawah Akta ini.
Peraturan-peraturan mengikut anak perbadanan
3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peruntukan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 36, peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 adalah mengikat anak perbadanan yang mengenainya ia dibuat dan hendaklah mempunyai kuasa bagi semua maksud seolah-olah ia telah dikanunkan dalam Akta ini.
Daftar anak perbadanan
4. Perbadanan hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua anak perbadanan dan daftar itu, berserta dengan salinan semua peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1, hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau di tempat-tempat dan pada masa-masa yang ditentukan oleh Perbadanan.
Penggulungan
5. (1) Perbadanan boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan mana-mana anak perbadanan digulung dan dibubarkan.
(2) Apabila sahaja dibubarkan sesuatu anak perbadanan di bawah perenggan ini, aset anak perbadanan itu, selepas dibayar semua tanggungan, hendaklah dipindahkan dan terletak hak pada Perbadanan.
(3) Penggulungan sesuatu anak perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan.
Taraf anak perbadanan di sisi undang-undang
6. Tiap-tiap anak perbadanan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang diberi oleh Perbadanan dan hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa dan dibawa guaman atas nama itu dan bagi maksud melaksanakan maksud dan tujuan anak perbadanan itu ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan memegang dan berurusan tentang atau membuat apa-apa urusan mengenai harta alih atau harta tak alih dan melakukan semua perkara dan hal lain yang bersampingan atau berkaitan dengan pertubuhan perbadanan serta tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Perbadanan.
Meterai perbadanan bagi anak perbadanan
7. (1) Tiap-tiap anak perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang mengandungi reka bentuk yang diluluskan oleh anak perbadanan itu dengan kelulusan Perbadanan, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah, dan dibuat baru oleh anak perbadanan itu dengan kelulusan Perbadanan.
(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh anak perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cap mengandungi nama anak perbadanan itu mengelilingi huruf-huruf “PKKM” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan bagi anak perbadanan itu.
(3) Meterai perbadanan, atau cap yang digunakan sebagai meterai perbadanan, hendaklah disimpan dalam jagaan, dan disahkan oleh, orang yang diarahkan oleh anak perbadanan itu.
(4) Semua surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai perbadanan bagi anak perbadanan itu dan disahkan oleh orang yang dalam jagaannya meterai itu disimpan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).