My bookmarksSign up free
← Malaysian Examinations Council Act 1980

Malaysian Examinations Council Act 1980 s 17

Malaysian Examinations Council Act 1980 s 17

s 17 The Fund

(1) For the purposes of this Act, there shall be established a Fund to be administered and controlled by the Council. (2) The Fund shall consist of— (a) such sums as may be provided from time to time by Parliament; (b) any fees or charges payable under this Act; (c) any property, investments, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Council; (d) money earned or arising from any property, investments, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Council; and (e) all other moneys or property which may in any manner become payable to or vested in the Council in respect of any matter incidental to its powers and duties. (3) The Fund shall be expended for the purpose of paying all expenses properly incurred by the Council in the execution of its functions under this Act. (4) The Council may invest in securities of the Government of Malaysia or such other securities as may be approved in writing by the Minister of Finance such moneys of the Fund as are not immediately required to be expended under this Act.

Malay text (authoritative)

Kumpulan Wang

(1) Bagi maksud Akta ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang yang akan ditadbir dan dikawal oleh Majlis. (2) Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen; (b) apa-apa fi atau caj yang kena dibayar di bawah Akta ini; (c) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Majlis; (d) wang yang didapati atau yang timbul daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Majlis; dan (e) semua wang atau harta lain yang dengan apa cara jua pun kena dibayar kepada atau diletak hak pada Majlis mengenai apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan tugasnya. (3) Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud membayar semua perbelanjaan yang dilakukan dengan sewajarnya oleh Majlis dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini. (4) Majlis boleh melabur dalam sekuriti Kerajaan Malaysia atau sekuriti lain yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri Kewangan wang Kumpulan Wang yang tidak dikehendaki dengan segera untuk dibelanjakan di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 225 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next