s 28 Leakage of examination papers
(1) Any person engaged in setting, moderating, revising, vetting or printing, or in the collection, storage, distribution or custody, of any question paper or confidential instructions for a specified examination, or in making drafts, copies or records thereof, or engaged as a supervisor, invigilator, attendant or in any other capacity for a specified examination who, before or during the period of the examination for the subject to which the paper or instructions relate, knowingly or recklessly and without being lawfully authorized to do so, discloses the contents of the paper or instructions, or of any draft, copy or record thereof, to any person, whether a candidate for that examination or not, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to a term of imprisonment not exceeding two years or to both.
(2) Any person, whether a candidate for a specified examination or not, who, before or during the period of the examination for the subject to which a question paper or confidential instructions for a specified examination relate, knowingly makes use of the contents of the paper or instructions or of any draft, copy or record thereof in any manner and without being lawfully authorized to do so, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to a term of imprisonment not exceeding two years or to both.
(3) Any person who, before or during the period of the examination for the subject to which a question paper or confidential instructions for a specified examination relate, is found in possession, custody
or control of the question paper or instructions or part thereof or of any draft, copy or record thereof without being lawfully authorized to do so, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to a term of imprisonment not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Pembocoran kertas peperiksaan
(1) Mana-mana orang yang ditugaskan menyedia, menyederhana, menyemak, menapis atau mencetak atau mengumpul, menyimpan, membahagi-bahagikan atau menjaga apa-apa kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis, atau membuat draf, salinan atau rekod kertas soalan atau arahan sulit itu, atau ditugaskan sebagai seorang penyelia, pengawas peperiksaan, pembantu atau atas apa-apa sifat lain bagi sesuatu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan kertas atau arahan itu, dengan diketahui atau melulu dan tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, menzahirkan kandungan kertas atau arahan itu, atau kandungan mana-mana draf, salinan atau rekod kertas soalan atau arahan sulit itu, kepada mana-mana orang, sama ada seorang calon bagi peperiksaan itu ataupun tidak, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang, sama ada seorang calon bagi sesuatu peperiksaan tertentu ataupun tidak, yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan sesuatu kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan tertentu, dengan diketahui menggunakan kandungan kertas atau arahan atau kandungan apa-apa draf, salinan atau rekodnya dengan apa-apa cara dan tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(3) Mana-mana orang yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan sesuatu kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis didapati memiliki, menjaga atau mengawal kertas soalan atau arahan atau sebahagian darinya atau manamana draf, salinan atau rekodnya tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).