My bookmarksSign up free
← Malaysian Examinations Council Act 1980

Malaysian Examinations Council Act 1980 s 7

Malaysian Examinations Council Act 1980 s 7

s 7 Duty of the Council

(1) The duty of the Council is to conduct, subject to and in accordance with this Act, the specified examinations and all other matters that may be necessary or incidental to such examinations, including— (a) the preparation and publication of examination syllabuses; (b) the preparation of examination papers; (c) the admission or enrolment of candidates; and (d) the award of certificates. (2) In the conduct of the Malaysia Higher School Certificate Examination, the Council shall collaborate with the Universities, and may further collaborate with any other person, body, organization, institution or authority in or outside Malaysia. (3) In the conduct of any other specified examination, the Council may collaborate with any person, body, organization, institution or authority in or outside Malaysia. (4) In discharging its duty the Council shall have constant regard to the importance of, and need for, maintaining proper standards for the specified examinations.

Malay text (authoritative)

Tugas Majlis

(1) Tugas Majlis ialah mengelola, tertakluk kepada dan mengikut Akta ini, peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan itu, termasuklah— (a) menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan; (b) menyediakan kertas peperiksaan; (c) menerima masuk atau mendaftar calon; dan (d) menganugerahkan sijil. (2) Dalam mengelola Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Majlis hendaklah berusaha bersama dengan Universiti, dan boleh selanjutnya berusaha bersama dengan mana-mana orang, badan, pertubuhan, institusi atau pihak berkuasa dalam atau di luar Malaysia. (3) Dalam mengelola apa-apa peperiksaan tertentu yang lain, Majlis boleh berusaha bersama dengan mana-mana orang, badan, pertubuhan, institusi atau pihak berkuasa dalam atau di luar Malaysia. (4) Pada menjalankan tugasnya Majlis hendaklah sentiasa mengambil perhatian tentang betapa mustahak dan perlunya menjaga standard sepatutnya bagi peperiksaan tertentu. (5) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), (2), (3) dan (4), Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, mengelola apa-apa peperiksaan, selain peperiksaan tertentu, dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan itu, bagi mana-mana orang, badan, organisasi, institusi atau pihak berkuasa di dalam atau di luar Malaysia. (6) Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini atau perenggan 69(4)(b) Akta Pendidikan 1996, mana-mana orang, badan, organisasi, institusi atau pihak berkuasa di dalam atau di luar Malaysia tidak boleh mengelola apa-apa peperiksaan, selain peperiksaan tertentu yang berhubungan dengan perkara akademik, tanpa suatu kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 69(1) Akta Pendidikan 1996.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 225 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next