My bookmarksSign up free
← Pensions Re-computation Act 1980

Pensions Re-computation Act 1980 s 6

Pensions Re-computation Act 1980 s 6

s 6 Service pension and service gratuity

(1) A pensionable officer who retires under the Ordinance may on his retirement be granted— (a) a monthly pension based on one-six hundredth of the amount arrived at by multiplying his total completed months of reckonable service by his last drawn salary, subject to the maximum of half of his last drawn salary; and (b) a gratuity based on one-twentieth of the amount arrived at by multiplying his total completed months of reckonable service by his last drawn salary. (2) Where a pensionable officer retires under the Ordinance— (a) on the abolition of his office; or (b) for the purpose of facilitating improvement in the organization of the department to which he belongs by which greater efficiency or economy may be effected, in addition to a gratuity granted under paragraph (1)(b) above, his pension may, if it would be to the advantage of the officer, be based on one-five hundredth of the amount arrived at by multiplying his total completed months of reckonable service by his last drawn salary, subject to the maximum of half of his last drawn salary.

Malay text (authoritative)

Pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan

(1) Seseorang pegawai berpencen yang bersara di bawah Ordinan itu boleh apabila ia bersara diberi― (a) pencen bulanan berdasarkan satu perenam ratus daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya; dan (b) ganjaran berdasarkan satu perdua puluh daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya. (2) Jika seseorang pegawai berpencen bersara di bawah Ordinan itu― (a) apabila jawatannya dihapuskan; atau (b) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu berkhidmat mudah diperbaiki dan dengan itu terhasil kecekapan atau keekonomian yang lebih lagi, sebagai tambahan kepada ganjaran yang diberi di bawah perenggan (1)(b) di atas, pencennya boleh, sekiranya mendatangkan faedah kepada pegawai itu, dihitung berdasarkan satu perlima ratus daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya.

Read this section in the full act →

Find Act 228 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next