My bookmarksSign up free
← Highway Authority Malaysia (Incorporation) Act 1980

Highway Authority Malaysia (Incorporation) Act 1980 s 11

Highway Authority Malaysia (Incorporation) Act 1980 s 11

s 11 Functions and powers of the Authority

(1) The functions of the Authority are— (a) to supervise and execute the design, construction and maintenance of highways as determined by the Federal Government; (b) to supervise and execute the design, construction and maintenance of rest and service areas and other facilities that may be deemed necessary along highways as determined by the Federal Government; (c) to collect toll from the users of highways and other dues from facilities along highways; (d) to plan and carry out research to ensure efficient utilization of highways and other facilities along highways; and (e) generally to do everything for the betterment and proper use of highways and other facilities along highways. (2) The Authority may, with the approval of the Minister, make such regulations as are reasonably necessary for, or expedient or incidental to, the discharge of its functions under subsection (1), and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing, such regulations may— (a) provide for the construction, operation, management, care, regulation or protection of the Authority’s property or any highways constructed or reconstructed; (b) provide for the types of vehicles permitted to use highways or parts thereof and the classification of such vehicles; (c) provide for the regulation and control of traffic on highways; and (d) regulate any activities which falls within the scope of the functions of the Authority. (3) The Authority shall have power to do all things reasonably necessary for, or expedient or incidental to, the discharge of its functions, and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing— (a) to establish a Highway Servicing and Surveillance Unit; (b) to control ingress and egress along the highways; and (c) to set up committee to study and report on any matter the Authority may specify and to determine their terms of reference and the allowance of their members.

Malay text (authoritative)

Fungsi dan kuasa Lembaga

(1) Fungsi Lembaga adalah— (a) untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan; (b) untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan kawasan rehat dan rawat dan kemudahan lain yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan; (ba) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya; (bb) untuk membentuk, melaksanakan dan memantau piawaian bagi lebuh raya; (bc) untuk melaksanakan perancangan, reka bentuk, pembinaan, pengendalian, pengurusan dan penyenggaraan lebuh raya; (bd) untuk menambah baik sistem pengurusan maklumat yang berhubungan dengan lalu lintas di lebuh raya; (be) untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan bagi lebuh raya; (c) untuk memungut tol daripada pengguna lebuh raya dan bayaran lain daripada kemudahan di sepanjang lebuh raya; (ca) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; (d) untuk merancang dan menjalankan penyelidikan dan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya untuk memastikan penggunaan yang cekap lebuh raya dan kemudahan lain di sepanjang lebuh raya; dan (e) untuk melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini. (2) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang bermanfaat atau bersampingan dengan penjalanan fungsinya di bawah subseksyen (1) dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan maksud di atas, peraturan-peraturan itu boleh— (a) membuat peruntukan bagi pembinaan, pengendalian, pengurusan, penjagaan, pengawalseliaan atau perlindungan terhadap harta Lembaga atau mana-mana lebuh raya yang dibina atau dibina semula; (b) membuat peruntukan bagi jenis kenderaan yang dibenarkan menggunakan lebuh raya atau sebahagian daripadanya dan pengelasan kenderaan itu; (c) membuat peruntukan bagi pengawalseliaan dan kawalan lalu lintas di lebuh raya; (ca) menetapkan sistem dan teknologi yang digunakan bagi pungutan tol; (cb) menetapkan piawaian bagi— (i) reka bentuk, pembinaan, pengurusan, pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya; (ii) pengurusan kemalangan dan kecemasan di lebuh raya; (iii) sistem pengawasan dan kawalan lalu lintas; (iv) sistem pungutan tol; dan (v) perkhidmatan berkaitan dengan lebuh raya yang lain; (cc) mengadakan peruntukan bagi fi atau apa-apa caj lain berhubung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga; dan (d) mengawal selia apa-apa aktiviti yang termasuk dalam bidang fungsi Lembaga. (3) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang pada munasabahnya adalah perlu bagi, atau bermanfaat atau bersampingan dengan, penjalanan fungsinya, dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan maksud di atas— (a) untuk menubuhkan suatu Unit Perawatan dan Pengawasan Lebuh Raya; (b) untuk mengawal jalan masuk dan jalan keluar di sepanjang lebuh raya; dan (c) membentuk suatu jawatankuasa untuk mengkaji dan melaporkan apa-apa perkara yang ditetapkan oleh Lembaga dan menentukan bidang tugasnya serta elaun bagi anggotanya.

Read this section in the full act →

Find Act 231 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next