Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 s 20
s 20 Recomputation of pension and derivative pension
(1) Any pension granted under paragraph 2 or derivative pension granted under paragraph 5 or 6 shall be adjusted each year with an increment of two per cent and shall be payable from January of each year.
(2) Subject to subparagraph (1), where a Member is granted a pension only upon attaining the age of fifty years by reason of him becoming a Member for the first time on or after 1 July 1990 and has ceased to be a Member upon completing thirty-six months of reckonable service but has not attained the age of fifty years on the date he ceases to be a Member, his pension shall be adjusted by an increment of two per cent beginning from the second year he is granted the pension.
(3) The pension that has been adjusted under subparagraph (1) shall be payable from 1 January 2014.
(4) A pension or derivative pension which is granted to—
(a) a person who ceased to be a Member; or
(b) the dependants of a deceased Member,
prior to 1 January 2014, shall first be adjusted in accordance with the First Schedule to the Act until 31 December 2013 as if the First Schedule has not been amended by this Order, before the readjustment of the pension or derivative pension is made in accordance with subparagraph (1).
(5) Any pension or derivative pension which has been adjusted pursuant to subparagraph (4) shall be recalculated in accordance with subparagraph (1) and shall be payable from 1 January 2014.
(6) The provisions of subparagraph (4) shall apply mutatis mutandis to the pension payable under subparagraph 2(b) of the Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Pension Act 1971 [Act 22] as if it were a pension under this Schedule and paragraphs 5 and 6, as the case may be, shall apply.
Malay text (authoritative)
Penghitungan semula pencen dan pencen terbitan
(1) Apa-apa pencen yang diberikan di bawah perenggan 2 atau pencen terbitan yang diberikan di bawah perenggan 5 atau 6 hendaklah diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan sebanyak dua peratus dan hendaklah dibayar mulai Januari setiap tahun.
(2) Tertakluk kepada subperenggan (1), jika Ahli atau Anggota diberikan pencen hanya apabila mencapai umur lima puluh tahun oleh sebab beliau telah menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 1990 dan terhenti menjadi Ahli atau Anggota apabila menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia terhenti menjadi Ahli atau Anggota, pencennya hendaklah diselaraskan dengan kenaikan sebanyak dua peratus bermula dari tahun kedua dia diberikan pencen itu.
(3) Pencen yang telah diselaraskan di bawah subperenggan (1) hendaklah kena dibayar mulai 1 Januari 2014.
(4) Pencen atau pencen terbitan yang diberikan kepada—
(a) orang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota; atau
(b) orang tanggungan kepada Ahli atau Anggota yang mati itu,
sebelum 1 Januari 2014, hendaklah terlebih dahulu diselaraskan mengikut peruntukan Jadual Pertama Akta hingga 31 Disember 2013 seolah-olah Jadual Pertama tidak dipinda oleh Perintah ini, sebelum penyelarasan semula pencen atau pencen terbitan itu dibuat mengikut subperenggan (1).
(5) Apa-apa pencen atau pencen terbitan yang telah diselaraskan menurut subperenggan (4) hendaklah dikira semula mengikut subperenggan (1) dan hendaklah kena dibayar mulai 1 Januari 2014.
(6) Peruntukan subperenggan (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pencen yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(b) Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 [Akta 22] seolah-olah ia suatu pencen yang dibayar di bawah Jadual ini dan perenggan 5 dan 6, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terpakai.
Read this section in the full act →
Find Act 237 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 May 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).