(1) This Act may be cited as the Pensions Adjustment Act 1980 and shall be deemed to have come into force on 1 July 1980.
(2) Subject to this section, this Act shall apply throughout Malaysia in respect of —
(a) officers who on retirement receive or are entitled to receive pensions or other benefits under any written law;
(b) the dependants of officers referred to in paragraph (a) who, on the death in service or in retirement of the officers concerned, receive or are entitled to receive pensions or other benefits under any written law;
(c) the dependants of officers referred to in paragraph (a) being dependants who, prior to the coming into force of this Act, were not entitled to receive pensions or other benefits under any written law; and
(d) the dependants of officers who had died or die in service under the old scheme where the officers had been or have been confirmed in their appointments and, in respect of pensionable officers, emplaced on the pensionable establishment in accordance with the written law or the terms and conditions of service applicable to their case, being dependants who, prior to the coming into force of this Act, were not entitled to receive pensions or other benefits under any written law.
(3) (Deleted by Act A1345).
(4) (Deleted by Act A1345).
Malay text (authoritative)
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyelarasan Pencen 1980 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1980.
(2) Tertakluk kepada seksyen ini, Akta ini terpakai di seluruh Malaysia berkenaan dengan—
(a) pegawai yang, apabila bersara, menerima atau adalah berhak menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(b) orang tanggungan bagi pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) yang, apabila pegawai yang berkenaan itu mati semasa dalam perkhidmatan atau semasa bersara, menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(c) orang tanggungan bagi pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) yang menjadi orang tanggungan yang, sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, tidak berhak menerima pencen dan faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(d) orang tanggungan bagi pegawai yang telah mati atau mati dalam perkhidmatan di bawah skim lama di mana pegawai itu telah pernah atau telah disahkan dalam jawatan mereka dan, berkenaan dengan pegawai berpencen, diletakkan dalam perjawatan berpencen mengikut undang-undang bertulis atau terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi hal mereka, sebagai orang tanggungan yang, sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, tidak berhak menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(3) (Dipotong oleh Akta A1345).
(4) (Dipotong oleh Akta A1345).
Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).