(1) Where a dependant’s pension is granted under any written law, it shall be adjusted in accordance with subsection 3(1) but the factor applicable shall be the factor applicable under that written law.
(2) Where the factor referred to in subsection (1) changes according to the eligibility of the dependant as specified under that written law, the dependant’s pension shall be adjusted based on the notional salary as determined under subsection (3) using the new factor applicable under that written law.
(3) The notional salary—
(a) in the case of a dependant who received the dependant’s pension before or on 1 January 2012, shall be the amount of the corresponding last drawn salary received by an officer on 1 January 2012 which has been calculated with an increment of two percent annually up to the year when the factor changes;
(b) in the case of a dependant who received the dependant’s pension on or after 2 January 2012, shall be the amount of the last drawn salary received by an officer on the date of his death which has been calculated with an increment of two percent annually up to the year when the factor changes.
(4) Where a higher percentage of increment has been prescribed under subsection 3(2), the increment specified under subsection (3) shall be calculated using that prescribed higher percentage.
(5) The amount of dependant’s pension adjusted under subsection (2) shall be used as the basis for adjustments under subsection (1) in subsequent years.
(6) The adjustment referred to in subsection (1) is subject to any higher percentage of increment which may be made under subsection 3(2).
(7) For the purpose of this section, “corresponding last drawn salary” means the corresponding last drawn salary which had been adjusted on 1 January 2012 pursuant to this Act before the coming into force of this section.
Pensions Adjustment
Malay text (authoritative)
Penyelarasan pencen orang tanggungan
(1) Jika pencen orang tanggungan diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, maka pencen orang tanggungan itu hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1) tetapi faktor yang terpakai hendaklah faktor yang terpakai di bawah undang-undang bertulis itu.
(2) Jika faktor yang disebut dalam subseksyen (1) berubah mengikut kelayakan orang tanggungan itu sebagaimana yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis itu, pencen orang tanggungan hendaklah diselaraskan berdasarkan gaji isyarat sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (3) dengan menggunakan faktor baru yang terpakai di bawah undang-undang bertulis itu.
(3) Gaji isyarat—
(a) dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen orang tanggungan sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun gaji bersamaan yang akhir diterima yang diterima oleh pegawai pada 1 Januari 2012 yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah;
(b) dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen orang tanggungan pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun gaji yang akhir diterima yang diterima oleh pegawai pada tarikh kematiannya yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah.
(4) Jika peratusan kenaikan yang lebih tinggi telah ditetapkan di bawah subseksyen 3(2), kenaikan yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) hendaklah dihitung dengan menggunakan peratusan lebih tinggi yang ditetapkan itu.
(5) Amaun pencen orang tanggungan yang diselaraskan di bawah subseksyen (2) hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan di bawah subseksyen (1) dalam tahun-tahun berikutnya.
(6) Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).
(7) Bagi maksud seksyen ini, “gaji bersamaan yang akhir diterima” ertinya gaji bersamaan yang akhir diterima yang telah diselaraskan pada 1 Januari 2012 menurut Akta ini sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini.
Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).