My bookmarksSign up free
← Pensions Adjustment Act 1980

Pensions Adjustment Act 1980 s 13

Pensions Adjustment Act 1980 s 13

s 13 Where information not sufficient to determine amount of pension, etc.

Where, for the purpose of granting and adjusting or adjusting any pension or other benefit under this Act, the Director General is not in possession of sufficient information to enable him to determine the amount of pension or other benefit payable, the amount payable shall, in the case of — (a) a pension or retiring allowance, be fifty per cent of the highest pension or retiring allowance payable to an officer of an equivalent grade on the current salary scale as the officer whose pension or retiring allowance is to be adjusted under this Act; (b) a derivative pension or derivative retiring allowance, be of the same amount as the pension or retiring allowance payable under paragraph (a); (c) a disability pension or an injury allowance, be fifty per cent of the maximum disability pension or injury allowance payable, calculated on the highest factor provided under the written law under which the officer retired and the highest salary payable to an officer of an equivalent grade on the current salary scale as the officer whose disability pension or injury allowance is to be adjusted under this Act; (d) a dependant’s pension, be fifty per cent of the maximum dependant’s pension payable, calculated on the highest factor provided under the written law under which the officer died in service or in retirement and the highest salary payable to an officer of an equivalent grade on the current salary scale as the officer in respect of whose dependant the dependant’s pension is to be adjusted under this Act.

Malay text (authoritative)

Jika maklumat tidak mencukupi untuk menentukan amaun pencen, dsb.

Jika, bagi maksud memberi dan menyelaraskan atau menyelaraskan apa-apa pencen atau faedah lain di bawah Akta ini, Ketua Pengarah tidak memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkannya menentukan amaun pencen atau faedah lain yang kena dibayar, maka amaun yang kena dibayar itu, dalam hal — (a) pencen atau elaun persaraan, ialah lima puluh peratus daripada pencen atau elaun persaraan tertinggi sekali yang kena dibayar kepada seorang pegawai yang setara tingkatannya atas tangga gaji semasa dengan pegawai yang pencen atau elaun persaraannya hendak diselaraskan di bawah Akta ini; (b) pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan, hendaklah sama amaunnya dengan pencen atau elaun persaraan yang kena dibayar di bawah perenggan (a); (c) pencen hilang upaya atau elaun bencana, ialah lima puluh peratus daripada pencen hilang upaya atau elaun bencana maksimum yang kena dibayar, dihitung berdasarkan faktor tertinggi sekali yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis yang menurutnya pegawai itu bersara dan gaji tertinggi sekali yang kena dibayar kepada seseorang pegawai yang setara tingkatannya atas tangga gaji semasa dengan pegawai yang pencen hilang upaya atau elaun bencananya hendak diselaraskan di bawah Akta ini; (d) pencen orang tanggungan, ialah lima puluh peratus daripada pencen orang tanggungan yang maksimum yang kena dibayar, dihitung berdasarkan faktor tertinggi sekali yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis yang menurutnya pegawai itu mati semasa dalam perkhidmatan atau dalam persaraan dan gaji tertinggi sekali yang kena dibayar kepada seorang pegawai yang setara tingkatannya atas tangga gaji semasa dengan pegawai yang berkenaan dengan orang tanggungannya pencen orang tanggungan itu hendak diselaraskan di bawah Akta ini.

Read this section in the full act →

Find Act 238 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next