My bookmarksSign up free
← Pensions Adjustment Act 1980

Pensions Adjustment Act 1980 s 5

Pensions Adjustment Act 1980 s 5

s 5 Grant and adjustment of derivative pensions or derivative retiring allowances for certain dependants under old scheme

(1) Notwithstanding any other written law to the contrary but subject to this Act, where an officer had died or dies — (a) in service under the old scheme and — Pensions Adjustment (i) he had been or has been confirmed in his appointment and emplaced on the pensionable establishment; or (ii) he would have been entitled on retirement to an annual allowance, also called a retiring allowance; or (b) in retirement under the old scheme and he was in receipt of or would have been entitled to receive a pension or an annual allowance, also called a retiring allowance, in accordance with the written law or the terms and conditions of service applicable to his case, his widow or child, or both widow and child, if not in receipt of or not entitled to receive any derivative pension or derivative retiring allowance under any other written law, shall, upon the coming into force of this Act, be granted a derivative pension or derivative retiring allowance according to the eligibility or entitlement of the officer to a pension or an annual allowance, also called a retiring allowance. (2) The derivative pension or derivative retiring allowance granted under subsection (1) shall be adjusted in accordance with subsection 3(1). (2A) The amount of derivative pension or derivative retiring allowance to be used as the basis for the first of the adjustments under subsection 3(1) shall be the amount of derivative pension or derivative retiring allowance which had been adjusted until 31 December 2012. (2B) Notwithstanding subsection (2A), where a dependant is eligible to be granted a derivative pension or derivative retiring allowance under subsection (1) but has not been paid such derivative pension or derivative retiring allowance as at 1 January 2013, the adjustment of the derivative pension or other benefits shall first be made until 31 December 2012 in accordance with this section and other related provisions which were in operation before 1 January 2013 before it is adjusted in accordance with subsection 3(1). (2C) The adjustment referred to in subsection (2) is subject to any higher percentage of increment which may be made under subsection 3(2). (3) The derivative pension or derivative retiring allowance granted under subsection (1) and adjusted under this Act shall be paid for life if the recipient is — (a) a widow of an officer referred to in paragraph (1)(a) or (b); (b) a child referred to in paragraph 2(b) of the interpretation of “child”. (4) Notwithstanding subsection (3) and the subsection 3(1), the payment of such derivative pension or derivative retiring allowance after the expiration of the period of twenty years from the date of retirement of an officer or the date immediately following the date of death in service of an officer shall only be made where the recipient — (a) if a widow of an officer, was married to the officer while the officer was still in service; (b) if a child or dependent step-child, is a child or dependent step-child of a marriage that had taken place while the officer was still in service; (c) if an adopted child, was adopted while the officer was still in service; (d) if an illegitimate child, was conceived while the officer was still in service. (5) For the avoidance of doubt, it is declared that where the marriage to the officer concerned had been contracted after his retirement and his death occurs within a period of twenty years of his retirement, his widow, or a child of that marriage, or both such widow and child, as the case may be, shall be entitled to a derivative pension or derivative retiring allowance according to the entitlement of the officer but only for a period which is the difference between the period of twenty years and the period during which the officer had been in retirement; and where the death of the officer occurs after the period of twenty years of his retirement, no derivative pension or derivative retiring allowance whatsoever shall be payable. (6) Notwithstanding this section and the subsection 3(1), no payment of such derivative pension or derivative retiring allowance shall be made or, if made, such payment shall cease where the recipient is — (a) (Deleted by Act A1169); (b) a child, other than a child referred to in paragraph 2(b) of the interpretation of “child” or in paragraph (c), upon marriage or attaining the age of twenty-one years, whichever occurs earlier; Pensions Adjustment (c) a child who is receiving education in an institution of higher learning but not beyond education leading to a first degree, upon completing or ceasing to receive such education or upon marriage, whichever occurs earlier. (7) A derivative pension or a derivative retiring allowance granted and adjusted under this Act shall be paid or be payable in such proportion as the Yang di-Pertuan Agong thinks fit and such derivative pension or derivative retiring allowance may be reapportioned among other eligible recipients whenever a recipient dies or ceases to be eligible for such payment.

Malay text (authoritative)

Pemberian dan penyelarasan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi orang tanggungan tertentu di bawah skim lama

(1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan tetapi tertakluk kepada Akta ini, jika seseorang pegawai telah mati atau mati semasa — (a) dalam perkhidmatan di bawah skim lama dan — (i) dia telah atau telah pernah disahkan dalam jawatannya dan diletakkan dalam perjawatan berpencen; atau (ii) dia tetap akan berhak apabila bersara mendapat elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan; atau (b) dalam persaraan di bawah skim lama dan dia telah mendapat atau tetap berhak mendapat pencen atau elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan, mengikut undang-undang bertulis atau terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi kesnya, balu atau anaknya, atau kedua-dua balu dan anaknya, jika tidak mendapat atau tidak berhak mendapat apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, diberi pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan mengikut layak atau hak pegawai itu mendapat pencen atau elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan. (2) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1). (2A) Amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1) iailah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang telah diselaraskan sehingga 31 Disember 2012. (2B) Walau apa pun subseksyen (2A), jika seseorang orang tanggungan layak untuk diberi pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan di bawah subseksyen (1) tetapi tidak dibayar pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu pada 1 Januari 2013, penyelarasan pencen terbitan atau faedah lain itu hendaklah terlebih dahulu dibuat sehingga 31 Disember 2012 mengikut seksyen ini dan peruntukan berkaitan yang lain yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2013 sebelum pencen terbitan atau faedah lain itu diselaraskan mengikut subseksyen 3(1). (2C) Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (2) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2). (3) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi di bawah subseksyen (1) dan diselaraskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar seumur hidup jika penerimanya — (a) seorang balu kepada seorang pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) atau (b) subseksyen (1); (b) seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2. (4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (3) dan subseksyen 3(1), pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu selepas habisnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraan pegawai atau tarikh sebaik selepas tarikh kematian pegawai dalam perkhidmatan hanyalah boleh dibuat jika penerimanya — (a) jika seorang balu kepada seorang pegawai, telah berkahwin dengan pegawai itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (b) jika seorang anak atau anak angkat tanggungan, ialah anak atau anak angkat tanggungan dari perkahwinan yang telah berlangsung semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (c) jika seseorang anak angkat, telah diangkat semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (d) jika seorang anak tidak sah taraf, telah dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan. (5) Untuk mengelakkan keraguan, maka adalah ditetapkan bahawa jika perkahwinan dengan pegawai berkenaan itu telah dilangsungkan selepas persaraannya dan kematiannya berlaku dalam tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, balunya, atau anak dari perkahwinan itu, atau kedua-duanya balu dan anak itu, mengikut mana yang berkenaan, adalah berhak mendapat pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan mengikut hak pegawai itu tetapi hanya selama tempoh perbezaannya antara tempoh dua puluh tahun dan tempoh selama mana pegawai itu berada dalam persaraannya; dan jika kematian pegawai itu berlaku selepas tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, tiada apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan adalah kena dibayar. (6) Walau apa pun peruntukan seksyen ini dan subseksyen 3(1), tiada apa-apa pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh dibuat atau, jika dibuat, pembayaran itu hendaklah terhenti, jika penerimanya — (a) (Dipotong oleh Akta A1169); (b) seorang anak, selain daripada seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2 atau dalam perenggan (c), apabila berkahwin atau mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang berlaku dahulu; (c) seorang anak yang mendapat didikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melampaui didikan yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau terhenti mendapat didikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu. (7) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar mengikut apa-apa kadar sebagaimana difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh diumpukkan semula di kalangan penerima lain yang berhak bila-bila masa sahaja seorang penerima mati atau tidak lagi berhak mendapat pembayaran itu.

Read this section in the full act →

Find Act 238 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next