My bookmarksSign up free
← Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 s 11B

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 s 11B

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 11B Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira

(1) Terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan hendaklah mengambil kira gaji dan terma dan syarat perkhidmatan, termasuklah apa-apa hak terakru untuk mendapat cuti, yang dinikmati oleh orang itu ketika berada dalam penggajian Kerajaan sebelum memilih untuk memasuki perkhidmatan Perbadanan, dan apa-apa terma dan syarat sedemikian yang berhubungan dengan tempoh perkhidmatan dengan Perbadanan hendaklah membuat peruntukan bagi mengiktiraf perkhidmatan dengan Kerajaan oleh orang yang membuat pilihan itu sebagai perkhidmatan dengan Perbadanan. (2) Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Perbadanan yang kesnya tidak termasuk dalam ruang lingkup mana-mana skim pencen atau skim lain yang diwujudkan di bawah seksyen ini bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Perbadanan atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu, Perbadanan boleh memberinya atau mana-mana orang lain yang ditanggung sepenuhnya atau sebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Read this section in the full act →

Find Act 244 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next