My bookmarksSign up free
← Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 s 26C

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 s 26C

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 26C Mengeledah dengan waran

(1) Apabila didapati oleh seseorang Majistret dari maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam sesuatu rumah kediaman, kedai, bangunan lain atau tempat ada sedang dilakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan kecil yang dibuat dibawanya, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran membenarkan mana-mana pegawai berkuasa atau seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang dinamakan dalam waran itu, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki rumah kediaman, kedai, bangunan lain atau tempat itu dan di situ mengeledah dan menyita dan mengeluarkan darinya apa-apa filem, kelengkapan filem, buku, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai akan memberi keterangan tentang perlakuan kesalahan itu. (2) Mana-mana pegawai itu boleh, jika perlu berbuat demikian – (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam rumah kediaman, kedai, atau bangunan lain atau tempat itu, dan memasukinya; (b) dengan cara kekerasan, memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya; (c) membuang dengan kekerasan apa-apa halangan untuk memasuki, menggeladah, menyita dan memindahkan sebagaimana yang diberi kuasa untuk melakukannya; dan (d) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu telah digeladah.

Read this section in the full act →

Find Act 244 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next