My bookmarksSign up free
← Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981 s 5A

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981 s 5A

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 5A Anggota silih ganti

(1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), (d) atau (e), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab. (2) Bagi maksud subseksyen (1), anggota silih ganti hendaklah dinamakan oleh anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), (d) atau (e), dengan kelulusan Menteri. (3) Seseorang anggota silih ganti yang menghadiri mesyuarat Lembaga hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga. (4) Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.

Read this section in the full act →

Find Act 249 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next