Debtors Act 1957 s 15
s 15 Where defendant may be required to furnish security for appearance
(1) If at any stage of any action, other than an action for the possession of immovable property, against a defendant who carries on business or ordinarily resides within the jurisdiction, the plaintiff
satisfies the court by evidence upon oath that he has a good cause of action against the defendant, and that the defendant, with intent to prejudice the plaintiff, or to avoid any process of the court, or to obstruct or delay the execution of any judgment that may be made against himβ
(a) has absconded or left the State;
(b) is about to abscond or leave the State; or
(c) has disposed of, or removed from the State his property or any part thereof,
the court may issue an order to arrest the defendant and bring him before the court to show cause why he should not furnish security for his appearance:
Provided that the defendant shall not be arrested if he pays to the officer entrusted with the execution of the order any sum specified in the order as sufficient to satisfy the plaintiffβs claim. Such sum shall be held in deposit by the court until the action is disposed of or until further order.
(2) Where the defendant fails to show such cause the court shall order him either to deposit in court money or other property sufficient to answer the claim against him or to furnish security for his appearance at any time when called upon while the action is pending and until satisfaction of any order that may be made against him in the action, or shall make such order as it thinks fit with regard to the sum which may have been paid by the defendant under the proviso to subsection (1).
(3) Every surety for the appearance of a defendant shall bind himself to pay, in default of such appearance, any sum of money, which the defendant may be ordered to pay in the action.
Malay text (authoritative)
Bila defendan dikehendaki memberi jaminan bagi kehadiran
(1) Jika pada mana-mana peringkat sesuatu tindakan, selain daripada sesuatu tindakan bagi memiliki harta tak alih, terhadap seseorang defendan yang menjalankan urusan atau biasanya tinggal dalam bidang kuasa mahkamah, plaintif meyakinkan mahkamah dengan keterangan bersumpah bahawa dia mempunyai kausa tindakan yang baik terhadap defendan dan bahawasanya defendan, dengan niat memudaratkan plaintif, atau mengelak apa-apa proses mahkamah, atau menghalang atau melengahkan pelaksanaan mana-mana penghakiman yang mungkin dibuat terhadapnya β
Penghutang
(a) telah melarikan diri atau meninggalkan Negeri;
(b) hendak melarikan diri atau meninggalkan Negeri; atau
(c) telah melupuskan, atau memindahkan hartanya atau mana-mana bahagiannya daripada Negeri,
mahkamah boleh mengeluarkan suatu perintah bagi menangkap defendan itu dan membawanya ke hadapan mahkamah untuk memberikan sebab mengapa dia tidak patut memberi jaminan bagi kehadirannya:
Dengan syarat bahawa defendan tidak boleh ditangkap jika dia membayar kepada pegawai yang diamanahkan dengan pelaksanaan perintah itu apa-apa jumlah wang yang dinyatakan di dalam perintah itu mencukupi bagi menyelesaikan tuntutan plaintif. Jumlah wang itu hendaklah dipegang secara deposit oleh mahkamah sehingga tindakan itu dilupuskan atau sehingga dikeluarkan perintah selanjutnya.
(2) Jika defendan gagal memberi sebab tersebut mahkamah hendaklah memerintahkannya sama ada mendepositkan wang atau harta lain dalam mahkamah yang mencukupi bagi memenuhi tuntutan terhadapnya atau memberi jaminan bagi kehadirannya pada bila-bila masa apabila dipanggil semasa tindakan itu belum selesai dan sehingga penyelesaian sesuatu perintah yang mungkin dibuat terhadapnya dalam tindakan itu, atau hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan jumlah wang yang mungkin telah dibayar oleh defendan di bawah proviso subseksyen (1).
(3) Setiap penjamin bagi kehadiran seseorang defendan hendaklah mengikat dirinya untuk membayar, sekiranya defendan tidak hadir, apa-apa jumlah wang yang defendan mungkin diperintahkan untuk membayar dalam tindakan itu.
Read this section in the full act β Β· Open Part IV β
Find Act 256 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).