s 43
(1) Tiap-tiap bank Islam hendaklah, sebelum Pindaan membuat ,apa-apa pindaan atau perubahan dalam memorandum persatuan atau artikel persatuan atau suratcara-suratcara lain yang di bawahnya ia diperbadankan, memberi kepada Bank Negara butir-butir secara bertulis mengenai pindaan atau perubahan yang dicadangkan itu untuk kelulusannya. (2) Tiap-tiap bank Islam hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas dibuat apa-apa pindaan atau perubahan dalam memorandum persatuan dan artikel persatuan atau suratcara-suratcara lain yang di bawahnya ia diperbadankan, memberi kepada Menteri melalui Bank Negara butir-butir secara bertulis (diverifikasikan melalui akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pegawai kanan bank itu) mengenai pindaan atau perubahan itu. Indemniti. [Bah. VI-VII, S. 43-46] (3) Sesuatu bank Islam yang tidak mematunı kehendak-kehendak subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkai boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribı ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.