My bookmarksSign up free
← Food Act 1983

Food Act 1983 s 10

Food Act 1983 s 10

s 10 Director may order food premises or appliances to be put into hygienic and sanitary condition

(1) Where the Director or an officer authorized by him in this particular respect is satisfied, by his own inspection or the report of an authorized officer, that any food premises, or any appliances used for or in connection with the preparation, preservation, packaging, storage, conveyance, distribution or sale of food, is in a condition that fails to comply with any hygiene and sanitary requirements specified in regulations made under this Act, he may, by instrument in writing served on the proprietor, owner or occupier of such premises, or the proprietor or owner of such appliance, order that the premises or appliance be put into a hygienic and sanitary condition to the satisfaction of an authorized officer within a period specified in the instrument. (2) If after the expiration of that period, the Director or an officer authorized by him in this particular respect is not satisfied that the food premises or appliance to which the order relates has been put into a condition that complies with the hygienic and sanitary requirements the Director or the officer may, by instrument in writing, served on the proprietor, owner or occupier of the food premises or the proprietor or owner of the appliance, as the case may be, order thatβ€” (a) the food premises shall not be kept for the preparation, preservation, packaging, storage or sale or, in the case of a vehicle, for the conveyance, distribution or sale of any food; and (b) the appliance shall not be used in or for the preparation, preservation, packaging, handling, supplying, or serving of any food, until an authorized officer has given or otherwise deemed to have given to the proprietor, owner or occupier of the food premises or the proprietor or owner of the appliance, as the case may be, a certificate in writing that the food premises or appliance has been put into a condition which complies with the hygienic and sanitary requirements. (3) The proprietor, owner or occupier of any food premises or the proprietor or owner of any appliance on whom an order under subsection (2) is served may at any time after the order has been served request, in writing, the Director or an officer authorized by him in this particular respect to cause the food premises or appliance to be inspected by an authorized officer at a places specified in the request. (4) Where a request is so made, an authorized officer shall inspect the food premises or appliance to which the request relates within a period of seven days after the receipt of the request by the Director or the officer authorized by him in this particular respect, and the authorized officer making the inspection shall if he is satisfied that the food premises or appliance has been put in a condition that complies with the hygienic and sanitary requirements, give to the proprietor, owner or occupier of the food premises or the proprietor or owner of the appliance, a certificate to that effect. (5) Where a request is so made and the food premises or appliance is not inspected by an authorized officer within a period of seven days after that receipt of the request by the Director or the officer authorized by him in this particular respect, a certificate in respect of the food premises or appliance shall be deemed to have been given to the proprietor, owner or occupier of the food premises or the proprietor or owner of the appliance. (6) Where an order under subsection (2) has been served on the proprietor, owner or occupier of any food premises, or the proprietor or owner of any appliance and a certificate in respect thereof has not subsequently been given or has not otherwise been deemed to have been given any person whoβ€” (a) keeps or uses the food premises or any part of the food premises for the preparation, preservation, packaging, storage or sale or in the case of a vehicle, for the conveyance, distribution or sale of any food; or (b) uses the appliance in or for the preparation, preservation, packaging, handling, supplying or serving of any food, commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding five years or to fine or to both.

Malay text (authoritative)

Pengarah boleh memerintahkan supaya premis makanan atau perkakas berada dalam keadaan bersih dan suci

(1) Jika Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini berpuas hati, mengikut pemeriksaanya sendiri atau laporan seorang pegawai diberi kuasa, bahawa apa-apa premis makanan, atau apa-apa perkakas yang digunakan bagi atau yang berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan, adalah dalam keadaan yang tidak mematuhi apa-apa kehendak kebersihan dan kesucian yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia boleh, melalui surat cara bertulis yang disampaikan kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis itu, atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, memerintahkan supaya premis atau perkakas itu dibersihkan dan disucikan sehingga memuaskan hati pegawai diberi kuasa dalam tempoh yang dinyatakan dalam surat cara itu. (2) Jika selepas tamat tempoh tersebut, Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini tidak puas hati bahawa premis makanan atau perkakas yang dimaksudkan oleh perintah itu telah dibersihkan dan disucikan keadaannya maka Pengarah atau pegawai itu boleh, melalui surat cara bertulis, menyampaikan kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan itu atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengarahkan bahawaβ€” (a) premis makanan itu tidak boleh disenggarakan bagi penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan atau penjualan apa-apa makanan atau, berkenaan dengan kenderaan, bagi pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan; dan (b) perkakas itu tidak boleh digunakan dalam atau bagi menyediakan, mengawet, membungkus, mengendali, membekalkan makanan atau menghidangkan apa-apa makanan, sehingga pegawai diberi kuasa telah memberi atau selainnya disifatkan telah memberi kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan itu atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, mengikut mana yang berkenaan, suatu perakuan secara bertulis menyatakan bahawa premis makanan atau perkakas itu telah dibersihkan dan disucikan keadaannya dan berada dalam keadaan bersih dan suci. (3) Tuan punya, pemunya atau penduduk mana-mana premis makanan atau tuan punya atau pemunya mana-mana perkakas yang perintah di bawah subseksyen (2) disampaikan kepadanya boleh pada bila-bila masa selepas perintah itu disampaikan meminta, secara bertulis, Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini supaya menyebabkan premis makanan atau perkakas itu diperiksa oleh seorang pengawai diberi kuasa di suatu tempat yang dinyatakan dalam surat permintaan itu. (4) Jika permintaan dibuat sedemikian, premis makanan atau perkakas yang dimaksudkan oleh permintaan itu hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai diberi kuasa dalam tempoh tujuh hari selepas permintaan itu diterima oleh Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini dan pegawai diberi kuasa yang menjalankan pemeriksaan itu hendaklah, jika dia berpuas hati bahawa premis makanan atau perkakas itu telah dibersihkan dan disucikan keadaannya dan berada dalam keadaan bersih dan suci, memberi kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, suatu perakuan yang bermaksud demikian. (5) Jika permintaan dibuat sedemikian dan premis makanan atau perkakas itu tidak diperiksa oleh seorang pegawai diberi kuasa dalam tempoh tujuh hari selepas permintaan itu diterima oleh Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini, suatu perakuan mengenai premis makanan atau perkakas itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan itu atau tuan punya atau pemunya perkakas itu. (6) Jika perintah di bawah subseksyen (2) telah disampaikan kepada tuan punya, pemunya atau penduduk mana-mana premis makanan atau kepada tuan punya atau pemunya mana-mana perkakas dan perakuan baginya belum lagi kemudiannya diberi atau selainnya tidak disifatkan telah diberi, maka mana-mana orang yang― (a) menyimpan atau mengguna premis makanan itu atau mana-mana bahagian daripada premis makanan itu bagi penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan atau penjualan atau berkenaan dengan kenderaan, bagi pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan; atau (b) menggunakan perkakas itu dalam atau bagi menyediakan, mengawet, membungkus, mengendali atau membekalkan apa-apa makanan atau menghidangkan apa-apa makanan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 281 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next