Food Act 1983 s 13
s 13 Food containing substances injurious to health
(1) Any person who prepares or sells any food that has in or upon it any substance which is poisonous, harmful or otherwise injurious to health commits an offence and shall be liable, on conviction, to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.
(2) In determining whether any food is injurious to health for the purpose of subsection (1), regard shall be had not only to the probable effect of that food on the health of a person consuming it but also to the probable cumulative effect of the food of substantially the same composition on the health of a person consuming the food in ordinary quantities.
Malay text (authoritative)
Makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan
(1) Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(2) Dalam menentukan sama ada apa-apa makanan adalah memudaratkan kesihatan bagi maksud subseksyen (1), perhatian hendaklah diberikan bukan sahaja tentang kesan kemungkinan makanan itu kepada kesihatan seseorang yang memakannya tetapi juga tentang kesan kumulatif kemungkinan makanan itu yang pada keseluruhannya mengandungi kandungan yang sama kepada kesihatan seseorang yang memakan makanan itu sebanyak yang lazim dimakan.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 281 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).