My bookmarksSign up free
← Food Act 1983

Food Act 1983 s 17

Food Act 1983 s 17

s 17 Advertisement

(1) Any person who for the purpose of affecting or promoting the sale of any food, publishes or causes to be published, either on his own account or as the agent or servant of the person seeking to effect or promote the sale, any advertisement relating or likely to cause any person to believe that it relates to such food, or to any ingredient or constituent thereof, which— (a) directly or indirectly qualifies or is inconsistent with or contrary to any particulars required by regulations made under this Act to be marked on or attached to such food or marked on or attached to any package containing such food; (b) is prohibited by any such regulations from being marked on or attached to such food or marked on or attached to any package containing such food; (c) omits from the name or description of any food any word or words required by regulations made under this Act to be included in the name or description marked on or attached to such food or marked on or attached to any package containing such food; or (d) is likely to deceive a purchaser with regard to the character, nature, value, substance, quality, strength, purity, composition, merit or safety, weight, proportion, origin, age or effects of any food or of any ingredient or constituent thereof, commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding three years or to fine or to both. (2) Any person who publishes or causes to be published any advertisement which does not contain a statement setting forth the true name of the person by whom or on whose behalf the advertisement is published and the address of his place of business or residence, commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding three years or to fine or to both: Provided that where such person is a company it shall be sufficient if instead of the address of the place of business of such company the statement sets forth the name of the place where the company has its registered office. (3) Nothing in subsection (2)— (a) shall apply in respect of any advertisement that is published orally or by any means of producing or transmitting light or sound; or (b) shall affect the operation of any other provision of this Act or any regulation made thereunder which relates to the labelling of food. (4) Any statement which is contained in an advertisement for any food and which purports to set forth the name of the person by whom or on whose behalf such advertisement is published, shall, until the contrary is proved, be sufficient evidence of the name of such person. (5) Nothing in this section shall apply to any advertisement which complies with any regulation made under this Act relating to the disclosure or otherwise of the name and address of the place of business or residence of the manufacturer or seller of the food advertised or the agent of such manufacturer or seller.

Malay text (authoritative)

Iklan

(1) Seseorang yang bagi maksud menyempurnakan atau menggalakkan penjualan apa-apa makanan, menyiarkan atau menyebabkan disiarkan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau sebagai ejen atau pekhidmat kepada orang yang meminta disempurnakan atau digalakkan penjualan itu, apa-apa iklan yang berhubungan dengan atau mungkin menyebabkan mana-mana orang mempercayai bahawa iklan itu adalah berhubungan dengan makanan itu atau dengan apa-apa ramuan atau juzuknya, yang— (a) secara langsung atau secara tidak langsung layak atau tidak selaras dengan atau berlawanan dengan apa-apa butir yang dikehendaki oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya ditandakan pada atau dikepilkan kepada makanan itu atau ditandakan pada atau dikepilkan kepada mana-mana bungkusan yang mengandungi makanan yang sedemikian itu; (b) dilarang oleh mana-mana peraturan yang sedemikian itu daripada ditandakan pada atau dikepilkan kepada makanan yang sedemikian itu atau ditandakan pada atau dikepilkan kepada mana-mana bungkusan yang mengandungi makanan yang sedemikian itu; (c) meninggalkan daripada nama atau perihal apa-apa makanan apa jua perkataan atau perkataan-perkataan yang dikehendaki oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya dimasukkan ke dalam nama atau perihal yang ditandakan pada atau dikepilkan kepada makanan yang sedemikian itu atau ditandakan pada atau dikepilkan kepada mana-mana bungkusan yang mengandungi makanan yang sedemikian itu; atau (d) mungkin memperdaya pembeli berhubung dengan sifat, jenis, nilai, bahan, kualiti, kekuatan, ketulenan, komposisi, merit atau keselamatan, berat, bahagian kandungan, asal usul, lama atau kesan apa-apa makanan atau apa-apa ramuan atau juzuknya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya. (2) Seseorang yang menyiarkan atau menyebab disiarkan apa-apa iklan yang tidak mengandungi suatu pernyataan menerangkan nama sebenarnya orang yang olehnya atau bagi pihaknya iklan itu disiarkan dan alamat tempat perniagaan atau tempat kediamannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya: Dengan syarat bahawa jika orang itu suatu syarikat maka adalah mencukupi jika pernyataan itu menerangkan nama tempat di mana syarikat itu mempunyai pejabat berdaftarnya dan bukannya alamat tempat perniagaan syarikat itu. (3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2)— (a) boleh dipakai berkenaan dengan apa-apa iklan yang disiarkan secara lisan atau dengan apa-apa cara mengeluarkan atau menghantar cahaya atau bunyi; atau (b) boleh menyentuh kuat kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang berhubungan dengan pelabelan makanan. (4) Apa-apa pernyataan yang terkandung dalam iklan bagi apa-apa makanan yang berupa sebagai menerangkan nama orang yang olehnya atau bagi pihaknya iklan sedemikian itu disiarkan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan yang mencukupi tentang nama orang yang sedemikian itu. (5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dipakai bagi apa-apa iklan yang mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan penzahiran atau selainnya tentang nama dan alamat tempat perniagaan atau tempat kediaman pengilang atau penjual makanan yang diiklankan atau ejen pengilang atau penjual itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 281 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next