My bookmarksSign up free
← Food Act 1983

Food Act 1983 s 22

Food Act 1983 s 22

s 22 Presumption of sale, etc.

In any proceedings under this Act— (a) evidence that the package containing any food to which this Act applies bore the name, address or registered mark of an importer, manufacturer or packer, or of the owner of the rights of the manufacturer or packer, or of an agent of any of them, shall be prima facie evidence that the food was imported, manufactured or packed, as the case may be, by each of the persons whose name, address or registered mark is borne on the package; (b) any substance commonly used for human consumption, which is sold or offered, exposed or kept for sale, shall be presumed, until the contrary is proved, to have been sold or, as the case may be, to be intended for sale for human consumption; (c) any substance commonly used for human consumption which is found on premises used for the preparation, storage or sale of that substance and any substance commonly used in the manufacture of products for human consumption which is found on premises used for the preparation, storage or sale of those products, shall be presumed, until the contrary is proved, to be intended for sale, or for manufacturing products for sale, for human consumption; and (d) any substance capable of being used in the composition or preparation of any substance commonly used for human consumption which is found on premises on which that substance is prepared shall, until the contrary is proved, be presumed to be intended for such use.

Malay text (authoritative)

Anggapan jualan, dsb.

Dalam apa jua prosiding di bawah Akta ini— (a) keterangan bahawa bungkusan yang mengandungi apa-apa makanan yang baginya Akta ini terpakai menunjukkan nama, alamat atau tanda berdaftar seseorang pengimport, pengilang atau pembungkus, atau pemunya hak pengilang atau pembungkus, atau seseorang ejen mana-mana daripada mereka, hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa makanan itu adalah diimport, dikilangkan atau dibungkus, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh setiap seorang daripada orang yang namanya, alamatnya atau tanda berdaftarnya ditunjukkan pada bungkusan itu; (b) apa-apa bahan yang biasanya digunakan untuk makanan manusia, yang dijual atau ditawarkan, didedahkan atau disimpan untuk dijual hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai telah dijual atau, mengikut mana yang berkenaan, dimaksudkan untuk dijual sebagai makanan manusia; (c) apa-apa bahan yang biasanya digunakan untuk makanan manusia yang terdapat di premis yang digunakan untuk menyedia, menyimpan atau menjual bahan itu dan apa-apa bahan yang biasanya diguna dalam mengilang keluaran untuk makanan manusia yang didapati di premis yang digunakan untuk menyedia, menyimpan atau menjual keluaran itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai dimaksudkan untuk dijual atau untuk mengilang keluaran untuk dijual sebagai makanan manusia; dan (d) apa-apa bahan yang boleh digunakan dalam komposisi atau penyediaan apa-apa bahan yang biasanya diguna untuk makanan manusia yang terdapat di premis di mana bahan itu disediakan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai dimaksudkan untuk penggunaan yang sedemikian itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 281 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next