Food Act 1983 s 25
s 25 Presumption for human consumption
(1) When any food is sold or exposed or offered for sale it shall, unless the contrary is proved, be deemed to be sold or exposed or offered for sale for human consumption.
(2) The purchase and sale of a sample of food under the provisions of this Act for the purpose of analysis shall be deemed to be a purchase and sale of such food for human consumption unless the seller proves that the bulk from which such sample was taken was not offered, exposed, or intended for sale for human consumption.
(3) For the purpose of this Act every person shall be deemed to sell or to intend to sell any food if he sells or intends to sell for human consumption any food of which such food is a constituent.
Malay text (authoritative)
Anggapan menjual makanan untuk makanan manusia
(1) Apabila apa-apa makanan dijual atau didedahkan atau ditawar untuk dijual maka makanan itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai dijual atau didedahkan atau ditawar untuk dijual sebagai makanan manusia.
(2) Pembelian dan penjualan sampel makanan di bawah peruntukan Akta ini bagi maksud analisis hendaklah disifatkan sebagai pembelian dan penjualan makanan itu sebagai makanan manusia melainkan penjual membuktikan bahawa sebahagian besar daripada sampel yang telah diambil itu bukannya ditawar, didedahkan atau dimaksud untuk dijual sebagai makanan manusia.
(3) Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap orang hendaklah disifatkan menjual atau bermaksud hendak menjual apa-apa makanan jika dia menjual atau bermaksud hendak menjual sebagai makanan manusia apa-apa makanan yang menjadi suatu juzuk dalam makanan yang sedemikian itu.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 281 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).