My bookmarksSign up free
← Food Act 1983

Food Act 1983 s 31

Food Act 1983 s 31

s 31 Reliance on written warranty a good defence

(1) Subject to the provisions of this section it shall be a good defence in any prosecution for an offence under this Act or any regulation made thereunder if the defendant proves thatβ€” (a) he purchased the food sold by him in reliance on a written warranty or other written statement as to the nature of the food purchased signed by or on behalf of the person from whom the defendant purchased the same; (b) he had no reason to believe that the food sold did not conform to such written warranty or statement; and (c) if the food had truly conformed to such written warranty or statement, the sale of the food by the defendant would not have constituted the offence charged against him. (2) No written warranty or other written statement given or made by a person resident outside Malaysia shall be any defence under this section unless the defendant proves that he had taken reasonable steps to ascertain and did in fact believe in the truth of the matters set forth in such written warranty or statement. (3) No written warranty or other written statement shall be any defence in any prosecution unless the defendantβ€” (a) has within fourteen days after the receipt of such warranty or statement furnished a copy thereof to the Director or any officer authorized by him in this particular respect; and (b) has within seven days after service of the summons delivered to the prosecutor a copy of such warranty or statement with a written notice stating that he intends to rely thereon and specifying the name and address of the person from whom he received it and also within the same time sent by registered post a like notice of his intention to such person. (4) When the defendant is an agent or servant of a person who purchased the food under such a warranty or statement he shall be entitled to the benefit of this section in the same manner and to the same extent as his employer or principal would have been, if he had been the defendant: Provided that the agent or servant further proves that he had no reason to believe that the food did not conform to such warranty or statement.

Malay text (authoritative)

Waranti bertulis menjadi pembelaan yang memadai

(1) Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, adalah menjadi suatu pembelaan yang memadai dalam apa jua pendakwaan kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya jika defendan membuktikan bahawaβ€” (a) dia membeli barang yang dijual olehnya berdasarkan waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain tentang jenis makanan yang dibeli dan ditandatangani oleh atau bagi pihak orang yang daripadanya defendan itu membelinya; (b) dia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa makanan yang dijual itu tidak menepati waranti atau pernyataan bertulis itu; dan (c) jika makanan itu telah sebenarnya menepati waranti atau pernyataan bertulis itu, maka penjualan makanan itu oleh defendan tidak akan menjadi kesalahan yang dia dipertuduhkan itu. (2) Tiada apa-apa waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain yang diberi atau dibuat oleh orang yang bermastautin di luar Malaysia boleh menjadi apa-apa pembelaan di bawah seksyen ini melainkan defendan membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah bagi menentukan, dan telah sebenarnya mempercayai kebenaran perkara yang dinyatakan dalam waranti atau pernyataan bertulis itu. (3) Tiada apa-apa waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain boleh menjadi apa-apa pembelaan dalam apa-apa pendakwaan melainkan defendanβ€” (a) telah dalam tempoh empat belas hari selepas penerimaan waranti atau pernyataan itu memberi satu salinannya kepada Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini; dan (b) telah dalam tempoh tujuh hari selepas penyampaian saman itu menyerahkan kepada pendakwa satu salinan waranti atau pernyataan itu berserta dengan notis bertulis yang menyatakan bahawa dia bermaksud hendak bergantung kepadanya dan menyebutkan nama dan alamat orang yang daripadanya dia menerimanya dan dalam tempoh yang sama juga menghantar melalui pos berdaftar suatu notis yang serupa itu tentang cadangannya kepada orang itu. (4) Apabila defendan adalah seorang ejen atau pekhidmat bagi seseorang yang membeli makanan di bawah suatu waranti atau pernyataan bertulis yang sedemikian itu maka dia adalah berhak mendapat faedah seksyen ini mengikut cara yang sama dan setakat yang sama seperti keadaan prinsipal atau majikannya, sekiranya dia menjadi defendan: Dengan syarat bahwa ejen atau pekhidmat itu membuktikan selanjutnya bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa makanan itu tidak menepati waranti atau pernyataan itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IV β†’

Find Act 281 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next