My bookmarksSign up free
← Food Act 1983

Food Act 1983 s 34

Food Act 1983 s 34

s 34 Power to make regulations

The Minister may make regulations for the better carrying into effect the purposes and provisions of this Act, and in particular and without prejudice to the generality of the foregoing, for all or any of the following matters: (a) to prescribe the standard, composition, strength, potency, purity, quality, weight, quantity, shelflife or other property of any food or any ingredient or component thereof; (b) to prohibit the addition of any specified substance; (c) to prohibit the addition of more than the specified quantity of a permissible substance; (d) to declare that any food or class of food is adulterated due to the presence therein or addition thereto or extraction or omission therefrom of any prescribed substance or class of substance; (e) to prohibit any mode of preparation or preservation of any food; (f) in respect of the use of any substance as an ingredient of any food so as to prevent the consumer or purchaser from being deceived or misled as to its quality, quantity, character, value, composition, effect, merit or safety or to prevent injury to the health of the consumer or purchaser; (g) to secure the cleanliness and freedom from contamination or adulteration of any food in the course of its preparation, preservation, packaging, storage, conveyance, distribution or sale and the cleanliness of places, receptacles, appliances, and vehicles used in such preparation, preservation, packaging, storage, conveyance, distribution or sale and to secure the proper conduct of place in which the preparation or sale of food is carried out and for these purposes to require any person to submit to a medical examination by a person authorized in this respect; (h) to regulate food premises and persons engaged in or occupied with any of the activities in relation to food premises or employed in such premises; (i) (Deleted by Act A1117); (j) in respect of the carriage of food subject to the provisions of this Act including the licensing of vehicles used for the carriage of food; (k) to prescribe the mode of labelling of food sold in packages or otherwise the matter to be contained or not to be contained in such labels; (l) to prescribe the size, dimensions and other specifications of packages of food; (m) to prescribe the method of analysis of any food and the form of certificate of analysis; (n) to prescribe standards and conditions to be observed by laboratories approved in respect of the analysis of food for the purposes of this Act; (o) to provide for the registration and licencing of laboratories and analysts and to prescribe the fees thereof; (p) to prescribe the fees to be paid in respect of analysis of any food by an analyst and for any copy of the result of any analysis and for any licence issued or registration effected under this Act or under any regulation made thereunder, including any licence or registration relating to the importation and exportation of food; (q) to prescribe the fees to be paid in respect of any licence or certificate issued or registration effected under this Act or any regulation made thereunder relating in any way to the importation, exportation, preparation, preservation, packaging, storage, conveyance, distribution or sale of any food; (r) to prohibit or regulate the sale, advertisement or importation or exportation of any food; (ra) to provide for any matter relating to the recalling, removal or withdrawal from sale of food from food premises; (s) to prescribe food which requires warranty to be given and the form of such warranty; (t) to prohibit the sale of specified food otherwise than by weight; (u) to require persons who sell food to maintain such books and records necessary for the proper enforcement and administration of this Act; (v) to prescribe requirements respecting the packaging of any food and to prohibit the placing in food for sale or in packages of such food any toy, coin or other article; (w) to prescribe penalties of a fine not exceeding *ten thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding two years for a contravention of any regulations made under this Act; (x) to prescribe anything which is to be or may be prescribed by regulations.

Malay text (authoritative)

Kuasa membuat peraturan-peraturan

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud dan peruntukan Akta ini, dan khususnya dan tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas bagi segala atau mana-mana perkara yang berikut: (a) untuk menetapkan standard, komposisi, kekuatan, potensi, ketulenan, kualiti, berat, kuantiti, tempoh penggunaan atau lain-lain sifat bagi apa-apa makanan atau apa-apa ramuan atau komponennya; (b) untuk melarang penambahan apa-apa bahan tertentu; (c) untuk melarang penambahan apa-apa bahan tertentu lebih daripada kuantiti tertentu akan bahan yang dibenarkan kepada apa-apa makanan; (d) untuk mengisytiharkan bahawa apa-apa makanan atau kelas makanan adalah teraduk disebabkan ada dalamnya atau ditambah kepadanya atau dikeluarkan atau ditinggalkan daripadanya apa-apa bahan atau kelas bahan ditetapkan; (e) untuk melarang apa-apa jua cara penyediaan atau pengawetan apa-apa makanan; (f) berkenaan dengan penggunaan apa-apa bahan sebagai suatu ramuan bagi apa-apa makanan supaya dapat menahan pengguna atau pembeli daripada terpedaya atau terkeliru tentang kualiti, kuantiti, sifat, nilai, komposisi, kesan, merit atau keselamatannya atau untuk mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna atau pembeli; (g) untuk menjamin kebersihan dan bebas daripada pencemaran atau pengadukan apa-apa makanan semasa menyediakan, mengawet, membungkus, menyimpan, mengangkut, mengedar atau menjualkannya dan kebersihan tempat, bekas, perkakas dan kenderaan yang diguna dalam menyediakan, mengawet, membungkus, menyimpan, mengangkut, mengedar atau menjualkannya dan untuk menjamin pengelolaan yang wajar tempat di mana makanan itu disediakan atau dijualkan dan bagi maksud ini menghendaki seseorang itu supaya menjalani pemeriksaan doktor oleh seorang doktor yang diberi kuasa dalam hubungan ini; (h) untuk mengawal selia premis makanan dan orang yang bekerja atau memberikan perhatian dalam apa-apa aktiviti berhubung dengan premis makanan atau yang diambil kerja di premis itu; (i) (Dipotong oleh Akta A1117); (j) berkenaan dengan pengangkutan barang makanan yang tertakluk pada peruntukan Akta ini termasuk pelesenan kenderaan yang digunakan untuk mengangkut makanan; (k) untuk menetapkan cara melabelkan makanan yang dijual dalam bungkusan atau sebaliknya perkara yang hendak dimasukkan atau tidak hendak dimasukkan pada label-label itu; (l) untuk menetapkan saiz, dimensi dan spesifikasi lain bungkusan makanan; (m) untuk menetapkan kaedah menganalisis apa-apa makanan dan bentuk perakuan analisis; (n) untuk menetapkan standard dan syarat-syarat yang hendak dipatuhi oleh makmal yang diluluskan berkenaan dengan analisis makanan bagi maksud Akta ini; (o) untuk mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran dan pelesenan makmal dan juruanalisis dan untk menetapkan fi baginya; (p) untuk menetapkan fi yang kena dibayar bagi menganalisis apa-apa makanan oleh seorang juruanalisis dan bagi apa-apa salinan keputusan apa-apa analisis dan bagi apa-apa lesen yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, termasuk apa-apa lesen atau pendaftaran berhubung dengan pengimportan dan pengeksportan makanan; (q) untuk menetapkan fi yang kena dibayar bagi sesuatu lesen atau perakuan yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berhubung bagaimanapun dengan pengimportan, pengeksportan, penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan; (r) untuk melarang atau mengawal selia penjualan, pengiklanan atau pengimportan atau pengeksportan apa-apa makanan; (ra) untuk mengadakan peruntukan tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemanggilan balik, pemindahan atau penarikan balik daripada penjualan makanan dari premis makanan; (s) untuk menetapkan makanan yang perlu diberi waranti dan bentuk waranti itu; (t) untuk melarang penjualan makanan tertentu dengan apa jua cara lain daripada mengikut berat; (u) untuk menghendaki orang yang menjual makanan supaya menyenggara apa-apa buku dan rekod yang perlu bagi penguatkuasaan dan pentadbiran yang wajar akan Akta ini; (v) untuk menetapkan kehendak mengenai pembungkusan apa-apa makanan dan untuk melarang meletakkan apa-apa patung, duit atau benda lain dalam makanan untuk dijual atau dalam bungkusan makanan itu; (w) untuk menetapkan penalti denda yang tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun bagi pelanggaran mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; *CATATAN—Sebelum ini “lima”–lihat Akta Makanan (Pindaan) 2001 [Akta A1117]. (x) untuk menetapkan apa-apa jua yang hendak ditetapkan atau boleh ditetapkan melalui peraturan.

Read this section in the full act →

Find Act 281 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next