s 3A Permainan tertentu tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan
(1) Jika seseorang dipertuduh bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 6 atau seksyen 7 Akta ini, maka adalah mencukupi bagi pihak pendakwa untuk hanya menyatakan bahawa orang yang dipertuduh itu telah didapati berjudi, tanpa menyatakan permainan tertentu yang dimainkan. (2) Jika seseorang sedang dibicarakan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 6 atau 7 Akta ini, maka adalah mencukupi bagi pihak pendakwa untuk hanya membuktikan bahawa permainan yang dimainkan itu adalah suatu permainan banker atau salah satu daripada permainan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, tanpa membuktikan permainan tertentu yang dimainkan.